McDonald’s Indonesia Agih Percuma Rai Hari Sarapan

JAKARTA – McDonald’s Indonesia kembali merayakan Hari Sarapan Kebangsaan 2018 dengan kali ini pula mengedarkan sejumlah 167,000 bungkusan makanan pagi secara percuma pada hari ini.

Pemberian sarapan tanpa bayaran itu melibatkan hanya 167 cawangannya di seluruh Indonesia dengan makanan yang dibahagikan dalam perayaan edisi tahun keenam tersebut ialah ialah chicken muffin atau baulu daging ayam.

Ia mula diberi pada pukul 6.30 pagi hingga 11 pagi waktu Indonesia Barat atau habis kesemua stok 1,000 bungkusan lebih awal untuk setiap cawangan restoran makanan segera itu yang terlibat dalam program amal berkenaan.

“Kami melibatkan cuma beberapa buah bandar utama di Indonesia,” ujar Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi McDonald’s Indonesia, Sutji Lantyka ketika dihubungi portal berita tempatan terkenal, Kompas.com di sini.

Laman sesawang rasmi McDonald’s Indonesia menyatakan bahawa syarat untuk mendapat sarapan secara percuma itu cukup mudah dengan pengunjung hanya perlu beratur di depan premis restoran itu semasa tempoh pengagihan.

Tawaran itu tidak melibatkan pesanan menerusi tempahan dan pelanggan mesti berusia 15 tahun ke atas serta setiap orang hanya mendapat satu bungkusan chicken muffin untuk memberi keadilan kepada mereka yang datang.


Jika sebelum pukul 11 pagi, jumlah pengagihan sudah mencapai 1,000 orang, maka aktiviti itu diberhentikan. Namun promosi itu tidak dilakukan di beberapa cawangan McDonald’s yang berada dalam gedung beli-belah.

McDonald’s Indonesia juga membahagikan sarapan tersebut kepada pekerja melalui jalan raya yang tidak sempat mengambil sarapan di rumah termasuk melibatkan hentian sistem pengangkutan awam tempatan popular.

“Pada sambutan tahun ini, kita juga bagi kepada penumpang tren komuter, bas Transjakarta, guru-guru sekolah, pemandu teksi. Hampir dua ribuan bungkusan diagihkan pihak McDonald’s,” tambah Sutji dipetik laman itu.

Namun, jika pelanggan datang ke restoran yang ditetapkan itu kebetulan mahu minuman kopi dan seumpamanya, mereka perlu membayarnya dengan harga 10,000 rupiah (kira-kira RM2.90). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...