Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

LITB Jana Pendapatan RM50...

Langkawi : Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) mencapai kejayaan membanggakan selepas merekodkan ketibaan...

Kembara Proton 1-Tangki Buktikan...

KUALA LUMPUR - Pernah terfikir sejauh mana kereta anda mampu pergi dengan setangki...

Dokumen Bubar DUN Sabah...

TAWAU - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali...

Khatan Perempuan Tiada Dalam...

KUALA LUMPUR - Amalan mengkhatan kanak-kanak perempuan di kalangan umat Islam negara ini...

McDonald’s Kesal Ramai Sakit, Burger Tak Masak

SEOUL – Ketua syarikat makanan segera, McDonald’s Korea, Joh Ju-yeon melahirkan rasa kesal berikutan dakwaan sesetengah pelanggan yang mengatakan kandungan burger yang kurang masak.

Ini menyebabkan mereka menghadapi masalah kesihatan selepas menjamah burger popular Bulgogi. Ju-yeon dalam satu kenyataan media dikeluarkan berkata, dia menyatakan kekesalan berhubung perkara berkenaan.

Ini adalah kali pertama McDonald’s Korea mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu tersebut. Julai lalu, seorang wanita membuat aduan kepada pejabat pendakwa raya Seoul terhadap McDonald’s Korea.

Dia mendakwa anak perempuannya berusia lima tahun menghadapi masalah buah pinggang kekal selepas makan burger Happy Meal. Ini disusuli dengan ramai lagi individu tampil membuat aduan secara terbuka.

McDonald’s Korea kemudian bertindak menggantung burger itu setelah kes berkenaan menjadi tular. Kementerian Makanan dan Keselamatan Dadah turut menyiasat insiden pelik tersebut.


Terdapat sejumlah 430 cawangan restoran itu di seluruh Korea Selatan sejak McDonald’s memasuki pasaran negara berkenaan pada 1988 lalu bermula di Daerah Gangnam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori