Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jangan Terpedaya Dengan Pakej...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan cuma 20 syarikat pelancongan tempatan...

Durakovic Mahu Piala Malaysia...

SHAH ALAM – Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic mahu merangkul Piala Malaysia buat...

Perancis Gesa PBB Bincang...

ALGIERS - Perancis menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC) mengadakan mesyuarat...

Tentera Robot China Terpaksa...

BEIJING : China mengarahkan robot mesingan ke kawasan gurun barat negara itu kerana...

McDonald’s Malaysia Nafi Salur Dana Ke Israel

KUALA LUMPUR- McDonald’s Malaysia menafikan dakwaan ia terlibat dalam penyaluran dana kepada Israel dan kecewa dengan saranan segelintir pihak untuk memboikot francais restoran makanan segera itu, susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Menerusi satu kenyataan di Facebook semalam. McDonald’s Malaysia berkata mereka tidak menyokong atau terbabit dalam sebarang konflik politik mahupun keagamaan di mana-mana negara.

Mereka menyifatkan dakwaan yang disebarkan melalui WhatsApp itu sebagai palsu dan fitnah.

“Kami menganggap tuduhan sedemikian sebagai fitnah dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab, yang terus menyebarkan pembohongan melalui platform media sosial dan saluran-saluran lain.”

Rabu lalu, Presiden Donald Trump mengisytiharkan Kedutaan AS di Tel Aviv akan dipindahkan ke Baitulmaqdis, dalam langkah untuk mengiktiraf kota suci kepada 3 agama itu sebagai milik Israel.

Tindakan itu mencetuskan protes besar-besaran di seluruh dunia, termasuk di Malaysia yang disertai ribuan orang berkumpul di luar Kedutaan AS di Jalan Tun Razak, Jumaat lalu.


Mengulas lanjut, Pengarah Urusan dan pemilik saham tempatan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, Azmir Jaafar dalam kenyataan itu berkata, perniagaan McDonald’s di Malaysia dikendalikan syarikat itu yang merupakan 100% milik rakyat tempatan dengan pemegang saham terbesarnya beragama Islam.

“Sebagai rakyat Malaysia, kami memahami kekecewaan yang dirasai umat Islam di seluruh dunia berhubung isu ini. Marilah kita bersatu dan menumpukan perhatian kepada perjuangan betul, dan mendoakan sebaiknya untuk mereka yang menerima kesan disebabkan perkembangan ini.”

Katanya, McDonald’s menjadi sebahagian masyarakat negara ini sekian lama dengan lebih RM2.5 juta diperuntukkan untuk menganjurkan lebih 5,000 aktiviti kemasyarakatan di seluruh negara, tahun ini.-MYNEWSHUB.CC

Video sekadar hiasan….

Kategori