Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lim Guan Eng Putar...

SEJAK menjadi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng cuba menjadikan media sebagai Mahkamah. Berbagai...

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan...

SEREMBAN - Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mustaffa Daharun, 60, meninggal dunia akibat masalah...

Pemandu GrabCar Maut Sakit...

SEPANG - Suasana di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di...

“Mungkin Mereka Tak Ada...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyindir Menteri Kewangan,...

McDonald’s Mohon Maaf Isu Kaki Lipas Dalam Kopi

BANGKOK – McDonald’s Thailand meminta maaf setelah seorang pelanggan di cawangan Bangkok menjumpai sesuatu yang kelihatan seperti kaki lipas di dalam cawan minuman kopi dibelinya.

Ia bermula apabila pengguna Facebook yang menggunakan nama Nostalgic Eik memuat naik gambar kopi yang dibelinya pada Selasa lalu dengan tambahan cebisan-cebisan halus yang beliau sifatkan sebagai “kaki lipas”.

Memikirkan kaki serangga perosak tersebut mungkin sudah berada di dalam cawan sebelum air kopi dituang, beliau kemudian meminta kakitangan restoran itu untuk menggantikannya sahaja dengan cawan baharu.

“Namun apabila kakitangan itu menuang kopi dalam cawan yang lain pula, nampaknya mereka menjumpai lebih banyak kaki lipas dalam kopi. Saya rasa semakin jelik,” tulis beliau di laman Facebook McDonald’s Thailand.

Catatan itu kemudian menjadi tular. Pada Khamis lalu, pihak McDonald’s Thailand memuat naik catatan ke laman Facebooknya untuk “memohon maaf atas insiden tersebut”.

Mereka turut memberi jaminan kepada para pelanggan bahawa semua kakitangannya akan sentiasa tetap mematuhi tahap piawaian keselamatan ketat dilaksanakan restoran makanan segera Barat itu.


Menerusi kenyataan itu juga pengurus cawangan meminta maaf kepada pelanggan berkenaan setelah mendapat tahu tentang insiden tersebut dan segera menawarkan secawan kopi yang baharu dibuat.

McDonald’s menambah kakitangan di cawangan tersebut sudah membongkar alat membuat kopi untuk memeriksa dan membersihkannya, sejajar dengan piawai keselamatan makanan syarikat itu.

Media tempatan melaporkan bahawa mesin berkenaan kemudian sudah diketepikan daripada dapur untuk diperiksa dengan lebih lanjut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori