Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

India Lancar Vaksin Titisan...

NEW DELHI: India melancarkan vaksin COVID-19 secara titisan hidung dalam usaha meningkatkan kadar...

25 Saman Dikeluarkan Dalam...

SEREMBAN - Polis mengeluarkan 25 saman terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan...

Ayam Cemani Digilai Di...

AYAM Cemani kini menjadi kegilaan warga Amerika Syarikat hinggakan Greenfire Farms, sebuah ladang...

Di Sebalik Tabir Hijrah...

Sempena Muharam 1438H ini, saya nak kongsi sedikit pengalaman menemubual saudara Joharry Abdullah...

Melancong Ke Negara Orang, Buat Kecoh Sampai Tular

OSAKA – Tiga orang lelaki warganegara Malaysia telah membuat onar ketika mereka berkunjung ke Jepun pada 17 Ogos yang lalu.

Mereka dilaporkan telah membuat kecoh di sebuah premis penginapan yang disewa.

Suspek dikatakan telah menyerang seorang kakitangan premis itu yang juga merupakan rakyat Malaysia. Malah mereka juga telah merosakkan premis itu sekali gus menyebabkan pemiliknya berasa tidak puas hati.

Kejadian yang berlaku di Vitti Longe telah menunjukkan rakaman camera litar tertutup (CCTV) yang menampakkan salah seorang daripada suspek telah mengasari pekerja itu.

Manakala salah seorang lagi kelihatan menyepak meja dan menumbuk dinding premis itu. Mereka juga telah mengakibatkan premis itu kotor kerana telah buang air besar di dalam bilik air dan terlibat dalam penipuan tiket kapal terbang.

Menurut seorang individu yang dikenali sebagai Kamarul Ilmar Rosli telah menulis luahan perasaan tentang ketidak puasan hati di atas tindakan tiga lelaki ini.

“Budak samseng Malaysia bawah umur 20 tahun melancong ke Jepun dengan budaya samseng. Sudahlah tertinggal kapal terbang, dapat duduk lodge secara percuma lagi.

“Dan pelajar Malaysia yang berbaju biru itu walaupun sudah diperlakukan sebegitu rupa, masih sanggup menolong membayar harga kerosakkan dinding yang dipecahkan oleh samseng kedua dalam video ini. Harga ganti rugi ialah 100,000 yen!

“Kamu nak kata saya nak malukan mereka ini, katalah. Penat orang-orang lama dan kami menjaga nama baik Malaysia sehingga rakyat Malaysia dapat on arrival visa beberapa tahun lepas.

“Jika pengurusan lodge di Jepun ini menviralkan perkara ini di Jepun, wallahualam. Habislah nama baik kita yang telah dijaga selama ini. Sungguh menghampakan!” tulisnya dengan rasa amarah yang membuak-buak.

Pemilik lodge itu, Ema Vitti sendiri telah memuat naik gambar di akaun Facebook miliknya serta rakaman video suspek ini dan meminta agar waris mereka tampil untuk emmbuat tuntutan ganti rugi yang dialami olehnya.

Pihak polis dan pihak media Jepun telah dimaklumkan tentang hal ini oleh pemilik premis itu sendiri.

Ketiga-tiga suspek itu telah sampai di Malaysia setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai semalam.

Namun setelah tiba di tanah air, seorang suspek yang dikenali sebagai Ramadhan Sinclair telah membuat laporan polis kerana telah menerima banyak ugutan serta kecaman di Facebook, WhatsApp, Instagram serta e-mel miliknya selepas kejadian itu tular di negara kita.


“Saya telah menerima pelbagai kecaman dan ugutan di dalam Facebook, WhatsApp dan Instagram serta e-mel saya. Saya berasa tertekan dan takut,” katanya dalam laporan tersebut yang diturut digunakan untuk membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Ramadhan, 18, merupakan warganegara Thailand mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku pada 16 Ogos pukul 9.30 malam di Osaka, Jepun.

“Telah berlaku pertengkaran di mana saya telah bergaduh dengan salah seorang staff di hotel tersebut yang merupakan seorang warganegara Malaysia, bernama Qaiyum.

“Kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati di mana staff hotel tersebut telah memperlekehkan saya dan telah mengarahkan saya seperti budak-budak.

“Selepas berlaku pertengkaran tersebut, kami telah berbaiki semula dan berdamai. Namun semalam lebih kurang jam 10.30 malam setibanya saya di KLIA 2, saya mendapati video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pergaduhan saya di hotel tersebut telah diviralkan di dalam page Road To Jepun,” tambahnya lagi.

Namun perkara ini masih lagi tergantung tanpa jawapan kerana kedua-dua pihak masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berikutan perkara ini.

Dalam postingnya di Facebook juga mengatakan bahawa dia menafikan tuduhan bahawa mereka telah membuang air besar di dalam bilik air premis tersebut.

Remaja itu bekerja sebagai jurufoto menambah lagi bahawa pihak hotel berkenaan tidak menjelaskan perkara yang benar dan akibatnya dia dan dua lagi rakannya telah tular di media sosial.

Walaubagaimana pun, ramai netizen telah mencemuh perbuatan mereka bertiga yang dikatakan telah mencalarkan imej Malaysia di mata penduduk Jepun.

Netizen juga meminta agar ketiga-tiga suspek ini meminta maaf di atas perbuatan mereja yang dikatakan tidak bertamadun dan sangat memalukan negara Malaysia.

“Minta maaf saja, berhenti mencari 1,001 alasan untuk mempertahankan diri sedangkan dalam video sudah jelas menunjukkan siapa yang bersalah dan siapa yang sampai tangan dulu,” kata netizen.

Kini, tiada lagi penduduk Malaysia yang berpeluang menginap di Vitti Lodge kerana pemiliknya telah mengharamkan pelancong dari Korea, China dan terbaru Malaysia dari menetap di situ. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

  • Lagi berita berkaitan:
  • jepun

Kategori