TRANSKRIP video dalam Bahasa Melayu:
Kebanyakan orang telah lupa. Orang Hindu mula mula jejak negara ini 2,500 tahun dulu.
Apa buktinya? Sekiranya anda pergi ke Lembah Bujang, kesemua bukti terdapat di sana. Terdapat banyak kuil lama yang ditemui di sana.
Apabila kitalah yang berada di negara ini terlebih dahulu, maka “merekalah” (Melayu) yang sebenarnya pendatang!
Kita dan Melayu adalah setaraf.
Tapi hari ini, semua ini sudah dilupakan.
Tanyalah kepada anak-anak kita yang bersekolah tentang sejarah asal usul kita; mereka akan berkata Guru di sekolah telah ajar yang orang Hindu menetap di sini 100 tahun yang dahulu.
Kita mesti mengetuk kepala guru-guru yang ajar sejarah salah yang sebegini!
Pergi beritahu kepada semua, kenyataan ini keluar dari mulut saya. Hindu, kaum pertama di Malaysia, 2,500 tahun yang lepas.
Kita seharusnya perlu sebarkan kepada semua supaya hak kita tidak akan tertindas. Ini adalah tanah air kita. 2,500 tahun dahulu kita sudah menetap di sini. Kita mempunyai semua hak untuk berada di tanah ini.
Ini Tanahair kita.
(Kula Segaran bercakap pada satu program di Nilai, Negeri Sembilan minggu lepas.)