Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Saya Tak Tahu Saya...

PELAKON dan pengacara Hefny Sahad mengakui reda dan akan bersikap profesional apabila dikatakan...

MotoGP: Rossi Lulus Sesi...

ARAGON - Penunggang MotoGP Sepanyol, Dani Pedrosa melakukan masa terpantas bersama jentera Honda...

Kenapa Shaheizy Sam Makin...

TUBUH fizikal pelakon Shaheizy Sam dikatakan turun mendadak sejak akhir-akhir ini lebih-lebih lagi...

‘The Professor’ Portugal Tiba...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih kebangsaan yang baharu, Nelo Vingada dilapor sudah tiba...

Menara Baharu Atasi Masalah Capaian Internet Lemah

BANDAR BAHARU – Sebuah menara telekomunikasi baharu menerusi pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) akan dibina bagi menambah baik liputan jalur lebar mudah alih di Kampung Permatang Kerat Telunjuk di sini.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Wan Romani Wan Salim berkata, menara tersebut akan dibina di Tebuk Bugis, Bandar Baharu iaitu kira-kira satu kilometer dari perkampungan tersebut.

Menurutnya, kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada Mac depan dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2022.

“Keadaan ini sekali gus akan menambah baik liputan jalur lebar mudah alih di Kampung Permatang Kerat Telunjuk apabila siap kelak,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Wan Romani berkata, melalui pembinaan tersebut, penduduk bukan sahaja dapat menikmati kualiti capaian internet yang lebih baik, malah boleh dimanfaatkan untuk memperbaiki taraf hidup mereka.

“Pada masa sama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memantau pelaksanaan projek berkenaan agar ia dapat disiapkan mengikut perancangan ditetapkan, sekali gus memberi impak kepada penduduk setempat,” ujarnya.


Difahamkan, Jawatankuasa SKMM Kedah sudah mengambil tindakan menemui wakil penduduk di kampung bagi menyelesaikan masalah capaian internet lemah di kawasan berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan, penduduk Kampung Permatang Kerat Telunjuk khususnya yang mempunyai anak bersekolah menyambut baik pembelajaran secara bersemuka di sekolah.

Ia berikutan kesukaran mendapat capaian internet atau akses jalur lebar di kampung berkenaan menyebabkan pelajar sukar untuk menyertai Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR).

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori