Monday, January 13, 2025

Creating liberating content

Biro Politik Umno Mesyuarat...

Biro politik Umno akan bermesyuarat malam esok dan dijangka turut menyentuh keputusan Mahkamah...

Nik Aziz Tahajjud Di...

Komen Abu Aqif: Posting saya sebelum ini (baca di sini) mengundang kemarahan pengikut...

“Satu Lagi Tohmahan Jahat...

SHAH ALAM - “Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab,” kata bekas Perdana...

SPR Akur PRK Parlimen...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akur dengan pengisytiharan Proklamasi Darurat berhubung Pilihan...

Menara Kastam Sabah Mercu Tanda Baharu, Tahan Gempa Bumi

KOTA KINABALU – Menara Kastam Sabah menjadi satu lagi mercu tanda baharu negeri yang bukan sahaja moden, malah mampu tahan gempa bumi sehingga tujuh skala Richter.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata menara lapan tingkat bernilai RM66.6 juta itu disiapkan lebih setahun lewat bagi memenuhi keperluan seismik itu.

“Bangunan ini sepatutnya siap pada April 2017, tetapi hanya dapat disiapkan sepenuhnya pada Julai lepas bagi membolehkan bangunan ini tahan gempa bumi,” katanya ketika merasmikan bangunan itu di sini hari ini.

Menurut Lim, bangunan itu mula dibina pada Disember 2014 dengan peruntukan sebenar RM84.6 juta, namun pihak pemaju projek berjaya menjimatkan kos hampir RM20 juta.

Beliau juga berharap warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah dapat meningkatkan lagi prestasi kerja dengan bekerja sebagai satu pasukan dengan penuh amanah dan integriti dalam meningkatkan hasil dan mengekang masalah penyeludupan.


“Bangunan cantik harus disusuli dengan prestasi yang cemerlang. Saya berharap Kastam Sabah dapat memberi contoh baik kepada seluruh Malaysia,” katanya.

Lim turut memberitahu jabatan berkenaan telah diperuntukkan RM212.5 juta bagi membiayai 11 projek yang sedang dilakanakan di seluruh negara. – BERNAMA

Kategori