Mengaku Kalah Selepas 16 Jam Ambil Alih Tugas Isteri

Jangan ingat tugas sebagai seorang ibu adalah mudah. Ia terbukti apabila seorang bapa, Brad Kearns, 27, mengaku kalah selepas terpaksa memainkan peranan sebagai `ibu’ apabila isterinya, Sarah dimasukkan ke hospital akibat kegagalan hati.

Brad terpaksa mengambil alih menjaga dua anak kecilnya selama 16 jam sebelum ibu mertuanya datang membantu, namun dia mengakui ia bukan semudah yang disangkanya.

“Anda tahu apabila isteri anda selalu berkata `saya harap saya boleh jadi ayah’ dan anda berfikir…ia adalah perkara yang sama.

“Baiklah, duduk, berehat, sediakan minuman, bertih jagung dan kosongkan jadual anda kerana saya akan membawa anda ke perjalanan yang boleh disamakan seperti roller coaster yang melalui muntah, berak dan tangisan,” katanya yang menulis dalam Facebook sambil mendokumentasikan pengalaman menjaga anak-anaknya selama 16 jam.

Jelas Brad, dia bergegas pulang dari kerja selepas mendapat mesej dari Sarah mengenai penyakitnya dan disebabkan Sarah terpaksa dirawat di hospital, Brad terpaksa menjadi `ibu’ kepada anak-anaknya.

Brad menceritakan bagaimana dia terpaksa melayan karenah anak sulungnya Knox dan pada masa sama terpaksa menyusukan seorang lagi bayinya yang baru berusia beberapa bulan.

“Ketika malam semakin berlalu, kesabaran saya semakin tipis, Saya terpaksa membiarkan Knox meletakkan pelekat di kaki saya yang dipenuhi dengan bulu roma, untuk memastikan dia duduk diam.

“Pada masa sama saya terpaksa menukar lampin si bayi dan memberinya susu. Selepas itu saya perlahan-lahan menggosoknya untuk membuatkan dia sendawa dan ketika itu saya melihatnya begitu selesa.


“Kelopak si bayi menjadi berat dan dia mula tidur, Ketika itu anda merasakan ia detik-detik yang paling menyeronokkan hinggalah apabila dia terjaga dan menjerit sekuat-kuat hati,” kata Brad.

Brad terpaksa bangun beberapa kali pada malam itu untuk memberikan susu dan menyifatkan kekurangan tidur yang dialaminya itu merupakan satu bentuk siksaan.

Hinggalah pada keesokan harinya, apabila ibu mertuanya tiba, Brad kelihatan sangat selekeh dan masih memakai stokin semalam.

“Ia hanya 16 jam menjadi ibu dan saya gagal,” kata Brad yang turut mengakui betapa hebatnya seorang ibu .

Jelasnya sepanjang tempoh berkenaan juga dia gagal membersihkan diri apatah lagi mengemas rumah, mendidik anaknya, menyediakan hidangan untuk mereka serta menerokai aktiviti luar rumah.

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kingpin Diberkas, Polis Rampas Dadah RM10.13 Juta

SHAH ALAM: Kegiatan satu sindiket menjadikan sebuah rumah kedai di Bukit Puchong sebagai makmal...

Lelaki Warga India Pulang Ke Mumbai Dari Afrika Selatan Positif COVID-19

NEW DELHI: Seorang lelaki India berusia 32 tahun yang tiba di Mumbai dari Afrika...

Hem Sebagai Sumber Fiber

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan melaksanakan kajian rintis hem, iaitu...

Perkhidmatan JPJ Seluruh Malaysia Masih Seperti Tahun 80-an

SHAH ALAM: Mutu perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa ketinggalan zaman kerana masih mengamalkan...

KKM Tingkat Pengawasan Genomik Di Pintu Masuk Antarabangsa

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KMM) akan meningkatkan pengawasan genomik di pintu-pintu masuk antarabangsa untuk...

Ibu Bapa Digesa Waspada Aktiviti Air Di Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Ibu bapa digesa lebih berwaspada ketika membawa keluarga melakukan aktiviti air pada...

Landskap Pendidikan Tinggi Berhadapan Rempuhan Teknologi Dan IR 4.0

TANJUNG MALIM: Landskap pendidikan tinggi dalam negara mengalami perubahan yang drastik susulan ‘rempuhan’ teknologi...