Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Pokemon Go Dilancarkan Di...

SINGAPURA - Nampaknya, rakyat Singapura dan warga jirannya dari Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk...

Malaysia, Hungary Tandatangan MoU...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Hungary hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam...

Lelaki Ditemui Mati Di...

LAHAD DATU - Seorang lelaki ditemui mati di tepi jalan raya di hadapan...

Hasan Malek Bakal Bintangi...

AHLI Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek akan membintangi filem This Is...

“Mengapa Najib Dapat Pasport?” Soal Dr Mahathir

PETALING JAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan kebenaran diterima Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan pasport antarabangsanya untuk tempoh sementara bermula 20 Oktober sehingga 22 November ini.

Bekas Perdana Menteri menyifatkan perkara itu sebagai luar biasa apabila individu yang berhadapan kes mahkamah menerima layanan berbeza berbanding rakyat biasa lain.

Malah kata beliau, Najib menerima layanan luar biasa apabila boleh menerima penangguhan kes perbicaraan dengan memberi alasan tidak sihat tetapi boleh hadir ke tempat lain.

“Kes ni adalah satu kes luar biasa. Datuk Seri Najib ni nampak sihat, boleh pergi ke Parlimen, boleh pergi ke sana sini berkempen tapi tidak sihat untuk dibicara dalam mahkamah.

“Sekarang ini dia boleh dapat passport pergi ke negara lain, dan bukan itu saja. Dah dapat passport pula, boleh tangguh pula pasal dia nak berkempen.

“Apa jenis pentadbiran ini? Pejabat Peguam Negara pun tidak bantah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang kini berada di Singapura dan bakal melahirkan anak kedua pada November.


Najib mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan kerana beliau sedang merayu sabitan dan hukuman penjara 12 tahun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Mahathir berkata layanan yang diberikan terhadap Najib berbeza dengan layanan terhadap orang kebanyakan yang telah didakwa dan dihukum sehingga masuk penjara.

“Tapi orang ni dah kena hukum salah tapi tak masuk penjara dan dapat pengiring macam VIP,” katanya. – UTUSAN ONLINE

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori