Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Penguasaaan Ilmu Penting Untuk...

PUTRAJAYA, - Penguasaan ilmu yang boleh diperolehi melalui pembacaan pelbagai bidang seperti agama,...

Pakai Jam Tangan Mewah...

PETALING JAYA – “Dia layak memakainya.”Itu antara respons orang ramai mengenai video tular...

Calon Presiden FAS: Tunggu...

KUALA LUMPUR - "Tunggu dan lihat," itulah jawapan Datuk Seri Subahan Kamal mengenai...

Fathia Sekali Lagi Kena...

HAMPIR setiap bulan ada sahaja kontroversi melibatkan nama pelakon, Fathia Latiff bertebaran di...

Meninggal Dunia 1st Anniversary – Ramai Sebak

SIAPA kata cinta sejati hanya rekaan semata-mata? Pasangan ini mungkin bakal mengubah persepsi tersebut yang sering kali diucapkan oleh mereka yang tidak mempercayai cinta sejati itu wujud.

Kisah meruntun hati ini mengisahkan cinta seorang cikgu bernama Ahmad Kamal Effendi Kamarudin, 26, yang sanggup mengahwini wanita pilihan hatinya, Nik Idzni Dalila Nik Mahmud, 25, meskipun tahu wanita itu sedang bertarung nyawa kerana menghidap kanser tahap empat.

screen-shot-2016-12-27-at-1-39-18-pm-768x491

sam

Isterinya telah pun pergi menghadap Ilahi semalam di Hospital Kajang, Selangor, setelah bertahun menderita kanser buah pinggang.

Paling tidak disangka-sangka dan cukup menyedihkan, isterinya meninggal dunia pada ulang tahun perkahwinan pertama mereka.

Pemergian Nik Idzni itu lantas menyebabkan netizen sebak dan menitiskan air mata apabila membaca luahan sedih Ahmad Kamal mengenai kehilangan isterinya di ulang tahun perkahwinan pertama mereka di laman sosial.

1-mizz-nina-noh-tak-tertekan-disoal-tentang-zuriat-rotikaya

“Semua yang berlaku umpama satu mimpi.. Siapa pernah terfikir, untuk hari yang sama selepas menempuh 365 hari bersama, tangan yang kali pertama saya sentuh menjadi tangan terakhir saya pegang.

“Kalaulah awak masih ada hari ini, awak tahu saya akan berusaha limpahi awak dengan kasih sayang pada ulang tahun perkahwinan kita.


“Awak akan sentiasa menjadi cinta pertama dan teman sejiwa saya. Selamat ulang tahun pertama sayang, cinta dari kejauhan. Saya cintakan awak, selamanya,” antara luahannya.

Luahan Kamal yang cukup mengharukan itu turut menjadi viral dan menimbulkan simpati ramai.

Meninggal Dunia 1st Anniversary - Ramai Sebak

Difahamkan, Nik Idzni merupakan doktor perubatan dan mereka berkenalan menerusi Instagram selama empat bulan sebelum mendirikan perkahwinan pada 27 Disember, tahun lalu di Kelantan.

Semoga Kamal sekeluarga tabah menghadapi ujian ini dan Al-fatihah buat arwah isterinya. – MYNEWSHUB.CC

 

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori