Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tiada ‘Lockdown’ Pada Aidilfitri...

TANGKAK: Kerajaan sekali lagi memberi jaminan untuk tidak melaksanakan sebarang Perintah Kawalan Pergerakan...

DAP Kecam Militan Daesh...

KUALA LUMPUR - Pemuda DAP mengutuk kumpulan militan Daesh atau Islamic States (IS)...

Muzium Pamer Jamban Emas...

NEW YORK - Arca seni berbentuk sebuah jamban yang diperbuat daripada emas 18...

Hanis Hamil 4 Bulan,...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon dan pengacara jelita, Hanis Zalikha yang kini sah hamil...

Mereka Di Dataran Merdeka! Ada Banjir Ke Di Situ?

KESAL… Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil membidas sikap Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama ‘konco-konco’nya.

Ini kerana mereka lebih rela biar rakyat Pulau Pinang termasuk kawasan Permatang Pauh yang diwakilinya separuh tenggelam walhal mereka masih boleh lagi ceria anjur program politik berarak dari Parlimen ke Dataran Merdeka.

“Tindakan ini jelas membuktikan bahawa mereka lebih mengutamakan politik peribadi, bukannya politik untuk membantu rakyat padahal penduduk di Pulau Pinang terkapai-kapai ekoran bencana banjir terburuk sejak kelmarin.

“Saya memantau keadaan di sana, sedih melihat keadaan rakyat di situ, tidak kiralah warna kulit atau ‘baju politik’ mereka tetapi akhirnya siapakah yang turun untuk sibuk membantu mangsa banjir di sana,” ujar Shahrizat.

Beliau mengulas penglibatan Wan Azizah dalam perarakan untuk peringati 1,000 hari Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara akibat kesalahan liwat di ibu negara semalam yang amat lesu apabila cuma disertai kurang 200 orang.

Kata Shahrizat, beliau kesal dengan cara Dr. Wan Azizah yang secara jelas agendanya hanya bersama-sama anggota pembangkang adalah perjuangan individu dan untuk kepentingan diri mereka sendiri berbanding nasib rakyat!

Baca: PH Lebih Sibuk Isu Anwar Banding Banjir Di P.Pinang

Juga: Kerajaan BN Dituduh ‘Gila’ Itulah Datang Bantu P.Pinang

“Perjuangan untuk rakyat hanyalah perjuangan sampingan buat mereka sedangkan sepatutnya mereka kerahkan kepimpinan dan ahli mereka untuk turun bantu mangsa banjir di sana, termasuk di Permatang Pauh sendiri.


“Hari ini, Perdana Menteri pun sudah turun, Timbalan Perdana Menteri malah turun semenjak banjir melanda Pulau Pinang, jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya Skuad Sayang sejak hari pertama dah turun.

“Tapi di mana pemimpin PKR, DAP, PAN atau PPBM? Di mana Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah? Mereka ada di Dataran Merdeka pula, adakah ada banjir besar di Dataran Merdeka tu?” soalnya sinis kepada UMNO-Online.

Semalam, ketika rakyat Pulau Pinang masih bergelut dalam bencana, pemimpin Pakatan Harapan termasuklah Dr. Wan Azizah lebih sibuk menganjurkan konvoi berjalan kaki sambil mengutuk BN demi untuk perjuangan Anwar.

Mereka berarak dari pekarangan Parlimen ke Dataran Merdeka kononnya sempena 1,000 hari memperingati Anwar dikenakan hukuman penjara lima tahun akibat ‘kantoi’ meliwat pembantunya sendiri, Saiful Bukhari Azlan.

Antara pemimpin pembangkang terlibat sama berarak ialah Naib Presiden PKR Tian Chua dan R Sivarasa; Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori