Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kota Kinabalu Wetlands Tapak...

KOTA KINABALU – Kota Kinabalu Wetlands telah ditetapkan sebagai tapak Ramsar ketujuh di...

Seorang Penumpang Bas Parah...

SEREMBAN - Seorang penumpang cedera parah manakala 31 lagi selamat apabila bas yang...

JDT Kekal Kedudukan Selaku...

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) mengekalkan kedudukan selaku pendahulu Liga...

Malaysia, Bahrain Meterai 4...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Bahrain hari ini menandatangani perjanjian mengenai perkhidmatan udara dan...

Minit Mesyuarat Dan Ketentuan Tuhan

Sejujurnya pendedahan dokumen dipercayai minit mesyuarat Perikatan Nasional (PN) tentang gerak kerja untuk terus menganiaya dan menzalimi Najib Razak dan Zahid Hamidi bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Dokumen yang bocor itu dikatakan mengandungi plot untuk segera memenjarakan dua pemimpin UMNO itu secara curang bagi menyekat kemaraan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sebahagian nama dikaitkan dalam plot berkenaan merupakan bekas pimpinan kerajaan 22 bulan yang mengenakan tindakan mahkamah ke atas mereka sejurus memperoleh kuasa pada PRU-14.

Barangkali dokumen yang terlepas kepada umum tersebut modus operandi terbaru selepas siri cubaan untuk menguasai UMNO sebelum ini mengalami kegagalan.

Justeru jika dokumen yang tular itu sahih, ia bukanlah sesuatu yang sangat mengejutkan kerana Bersatu yang mengepalai PN pernah menyatakan agenda mereka adalah untuk ‘menamatkan’ UMNO.

Rakyat tentu akan menolak kejahatan politik seperti itu.


Bersainglah secara demokratik kerana itulah cara yang jujur dan berperlembagaan dalam menentukan masa depan negara.

Malaysia menolak pendekatan politik kotor yang penuh dengan muslihat jahat, manipulasi serta tipu daya kerana tiada keberkatan darinya untuk rakyat dan negara.

Plot untuk menyekat kemaraan UMNO pada PRU-15 itu jika benar merupakan suatu pengkhianatan, malah pembelotan kepada sistem demokrasi dan undang-undang negara.

Mereka boleh merancang dan bermuslihat apa sahaja untuk menzalimi dan menganiaya sesiapa, namun Allah S.W.T adalah penentu segalanya.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori