Wednesday, October 23, 2024

Creating liberating content

Mercedes-Benz Buka Pusat 3S...

KUALA LUMPUR - Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles (MBM CV) menjalin pakatan dengan pengedarnya,...

DSV-LV Buah Tangan Baru...

SELEPAS pembikinan buku motivasi berjudul I Am Me Rahsia Niaga DS Vida, pemilik Vida...

Jatuh Eskalator: Saksi Lihat...

"SAYA berada betul-betul di belakang family ini," tulis seorang saksi kejadian yang membabitkan kanak-kanak...

Pindaan Akta 164 Tak...

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang (RUU) Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017...

‘Misteri’ Kehilangan Instagram Azwan Ali

NAMA Azwan Ali sering menjadi perhatian netizen kerana kelantangannya memberikan pandangan.

Pengacara dan pelakon ini amat terkenal di laman Instagram kerana sering memuat naik beberapa video yang boleh mendatangkan kontroversi.

Namun, sejak dua menjak ini laman Instagram seakan sunyi tanpa suaranya. Ramai juga yang tertanya-tanya mengapakah tiada entri terbaru yang dimuat naik.

Melalui pemerhatian MyNewshub, laman Instagram pengacara yang lebih dikenali dengan panggilan Diva AA ini sudah tidak wujud lagi!

Adakah laman sosial tersebut sudah dipadam pihak Instagram berikutan ramai yang mungkin tidak sependapat dengannya kerana terlalu lantang bersuara?

Mungkin juga kehilangan akaun tersebut berikutan ramai netizen yang telah membuat laporan kepada pihak Instagram.

Atau Azwan sendiri yang telah memadam akaunnya itu kerana tidak tahan dengan komen dan kecaman yang diberikan netizen.

Dengar-dengarnya laman Instagram dengan nama @divaazwanavazz sudah hilang sejak hujung minggu lalu.


Jika dilihat entri-entri yang dimuat naiknya, video-video tersebut kebanyakannya seakan mengutuk dan membuat parodi mengenai artis lain.

Azwan yang terkenal dengan tagline Why Bother? Why Bother? Why Bother? sebelum ini turut terlibat dengan podcast Ais Kacang menerusi segmen Why Bother? by Diva AA.

Khabarnya, program tersebut turut menyiarkan gosip-gosip dan cerita-cerita ‘panas’ artis pada sesuatu masa.

Sedikit sebanyak program itu mungkin menyumbang kepada punca kehilangan Instagram Azwan ini kerana kandungan podcast tersebut ada menyinggung pihak-pihak tertentu.

Sehingga ke hari ini, tiada khabar berita mengenai Instagramnya itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori