Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sri Sanjeevan Bebas Tuduhan...

MAJISTRET Mohd Zaki Abd Rahman membuat keputusan bebas dan lepas selepas mendapati pihak...

DAP Sedia Kerjasama Dengan...

GEORGETOWN - DAP sedia menjalin kerjasama dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) berikutan parti...

Acara Berbasikal Trek Tambah...

NILAI - Skuad berbasikal trek negara meneruskan kecemerlangan apabila menambah koleksi pingat emas...

1Masjid 1Polis Diperluas Ke...

PROGRAM 1Masjid 1Polis (1M1P) akan diperluas ke seluruh negara Mac ini dalam usaha...

Model Brazil Beri Inspirasi Pada Jutaan Orang

SEORANG model dari Brazil yang menjadi inspirasi kepada berjuta-juta orang mengenai perjuangannya melawan kanser perut menerusi media sosial, telah meninggal dunia.

Nara Almeida, 24, yang merupakan seorang blogger popular, mempunyai lebih 4.5 juta pengikut dalam media sosial dan sering memuat naik mengenai rawatan yang dilaluinya.

Dia meninggal dunia di hospital di Sao Paulo. Kematian Nara dimaklumkan oleh teman lelakinya, Pedro Rocha.

“Malangnya Nara telah meninggal dunia malam tadi, selepas bergelut dengan kanser. Saya inginkan dia selamanya namun apakan daya,” katanya.

Muatnaik oleh Rocha itu mendapat hampir 2 juta like dalam media sosial.

Nara disahkan menghidap kanser perut pada 8 Ogos tahun lepas dan sejak itu dia telah memuat naik gambar serta video mengenai peringkat rawatan yang dilaluinya.


Dalam muat naik terakhirnya pada penghujung April lalu, Nara menceritakan mengenai rawatan immunotherapy.

“Selepas banyak ujian yang dilakukan doktor telah menemui ubat yang boleh menyelamatkan saya. Kini, saya berharap ubat ini akan memberikan kesan dan menjauhkan penyakit ini selain mengakhiri penderitaan saya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori