Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kes Kanak-Kanak Mati Lemas,...

IPOH : Seorang guru besar sebuah taska di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor...

Taliban Larang Wanita Teruskan...

KABUL: Taliban semalam melarang pelajar perempuan daripada meneruskan pendidikan universiti, berkuat kuasa serta-merta.Ikuti...

“Rumah Tangga Isu Peribadi”...

GAVIN Edward O'Luanaigh iaitu suami kepada pelakon Serina Redzuawan menggesa supaya isu perceraian...

Bapa Pasangan Kembar Aidil,...

SEREMBAN - Bapa kepada pasangan kembar pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan dan...

Mufti Perlis Puji Remaja Panjat Mercu Tanda “Ipoh”

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan sekumpulan remaja yang melakukan aksi memanjat mercu tanda “Ipoh” di Perak baru-baru ini sebagai berkebolehan dan berani.

Sehubungan itu, beliau menjemput remaja terbabit supaya datang ke pejabatnya untuk berbincang bagi mengadakan aktiviti yang bermanfaat di Perlis dengan keberanian dan kelebihan mereka.

“Saya rasa ingin menjemput remaja yang memanjat ‘Ipoh’ ke pejabat saya jika mereka sudi. Mereka telah pun mohon maaf atas tindakan mereka. Apapun, saya lihat pada mereka ada keberanian dan kemampuan tertentu.

“Mungkin saya boleh bincang dengan mereka aktiviti yang lebih bermanfaat untuk dibuat di Perlis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, sekumpulan remaja melakukan aksi ‘bodoh dan berbahaya’ yang melanggar undang-undang bagi meraih publisiti dengan memanjat mercu tanda “Ipoh” untuk berselfie dan kemudian menyebarkan rakaman video di media sosial.

Mereka dipercayai terikut-ikut dengan perbuatan segelintir rakyat negara luar melakukan aksi yang sama di negara masing-masing semata-mata mahu mempopularkan diri di internet.


Berikutan itu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bertindak membuat laporan polis menyebabkan lapan daripada mereka tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh bagi membantu siasatan.

Kes disiasat polis mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan melibatkan perbuatan membahayakan diri sendiri atau orang lain.

Hukuman penjara tidak lebih tiga bulan boleh dikenakan atau denda RM500 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori