Mufti Pulau Pinang Gesa Tukar Jenama Arak ‘Timah’

GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa kerajaan supaya mengarahkan sebuah syarikat pengeluar minuman beralkohol tempatan, untuk segera menukar jenama ‘Timah’ berserta gambar pada botol yang digunakan, demi memelihara suasana harmoni di antara pelbagai kaum di negara ini.

Beliau menerusi sebuah kenyataan berkata pihaknya amat kesal dengan sebuah iklan yang tular di media sosial beberapa hari lalu, yang menyatakan sejenis wiski buatan Malaysia diberi nama ‘Timah’ berserta paparan wajah seorang lelaki berjanggut dan memakai kopiah pada botol minuman tersebut.

“Seperti yang sedia maklum bahawa bagi masyarakat Melayu, ‘Timah’ adalah singkatan daripada Fatimah iaitu nama puteri Nabi Muhammad S.A.W yang amat dihormati oleh umat Islam sama ada Sunni atau Syiah.

“Justeru, menjenamakan arak dengan ‘Timah’ dianggap oleh umat Islam sebagai satu penghinaan yang tidak seharusnya berlaku,” katanya di sini, hari ini.

Beliau menambah, pengeluar wiski berkenaan perlu peka terhadap sensitiviti umat Islam berkaitan dengan isu tersebut, agar tidak menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.

“Kita tidak membantah arak diminum oleh orang bukan Islam, tetapi kita memohon pihak kerajaan Malaysia supaya mengarahkan syarikat pengeluar minuman itu segera menukar jenamanya berserta gambar di botol kepada nama dan gambar yang tidak menimbulkan sensitiviti umat Islam ,demi memelihara suasana harmoni pelbagai kaum di negara ini.

“Kita juga berharap agar para pemimpin politik tanah air terutamanya yang beragama Islam akan turut menyatakan bantahan terhadap tindakan tidak sensitif oleh syarikat pengeluar minuman beralkohol tersebut,” katanya. – BERNAMA

Baca: Arak Cap Timah Provokatif Terhadap Islam – Yadim

FACEBOOK MYNEWSHUB 

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...