Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Singapura Bunuh Babi Lepas...

SINGAPURA - Gara-gara viral video sekawan babi hutan diberi makan, Penguasa Pertanian Makanan...

PAS Pusat Bincang Situasi...

KUALA LUMPUR - PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan...

Insiden Kemalangan Di Lebuhraya...

PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa setakat ini tiada laporan diterima dari...

PM Guna #TsunamiPHitnah Tempelak...

BIDAS... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menempelak pembangkang yang...

Muhyiddin Mula Tugas Sebagai Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan tugas sebagai Perdana Menteri kelapan hari ini.

Beliau memasuki Perdana Putra di sini, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, tepat jam 8.00 pagi bagi memulakan tugas secara rasmi sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin disambut Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali ketika tiba di Perdana Putra sebelum dibawa ke aras 5, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri.

Sebelum memasuki pejabat, Muhyiddin mengimbas kad perakam waktu dan mengaminkan bacaan doa.

Selepas memasuki pejabatnya, beliau menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas.


Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, semalam (1 Mac).

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Muhyiddin itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Pada hari pertamanya, Muhyiddin mempunyai jadual temujanji dengan Mohd Zuki; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Kategori