Muhyiddin Semakin Keliru Sejak Tidak Jadi PM

Tan Sri Muhyiddin nampaknya semakin keliru semenjak tidak lagi menjadi Perdana Menteri dan tewasnya Perikatan Nasional di Melaka.

Masakan boleh diterima hujah beliau bahawa sistem parti politik yang dominan itu tidak lagi sesuai masa. Ia merbahaya kata beliau kerana pemusatan kuasa adalah pada individu dan bukannya parti.

Agaknya beliau lupa bahawa beliau tersingkir dari jawatan Perdana Menteri kerana PPBM itu tidak dominan dalam Kerajaan PN. Kerana parti beliau PPBM itu kecil lah maka Kerajaan pimpinan beliau begitu mudah sekali tersungkur.

Atau mungkin beliau tidak ingat bahawa kestidakstabilan politik yang Malaysia alami selama 42 bulan lepas ialah kerana tiadanya parti terbesar dan dominan dalam membentuk Kerajaan.

Sehingga berlakunya tragedi puluhan Ahli Parlimen lompat melompat parti demi memperdagangkan kedudukan mereka bagi membentuk Kerajaan.

Malaysia tidak pernah menyaksikan episode khianat mandat rakyat dalam magnitud sedemikian. Hanya semenjak PPBM menjadi Kerajaan dalam PH dan PN, budaya politik curang itu menjadi kelaziman.

Atau juga beliau tidak lagi boleh membezakan bahawa Malaysia ini adalah sebuah demokrasi ala Westminster. Maknanya hanya parti terbesar dan terkuat di jemput untuk membentuk Kerajaan.


Di seluruh dunia, pergerakan politik kepartian bertungkus lumus untuk memenangi pilihanraya dengan kerusi terbanyak.

Hanya dengan kerusi terbanyak, Kerajaan majoriti dapat dibentuk. Dengan majoriti yang selesa, Kerajaan boleh fokus dengan membangun negara dan bukannya menyelamatkan kuasa.

Kita ingin melihat dalam PRU akan datang, berapa banyak kerusi yang akan PPBM tandingi. Dalam PRU ke 13, mereka menang hanya 13 kerusi sahaja tetapi pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri.

Mungkin kerana itu, PPBM selesa untuk hanya menjadi parti kecil tetapi memerlukan nyawa dari UMNO.

Insyallah dalam PRU akan datang, UMNO akan menjadi parti dominan dan mengembalikan demokrasi ala Westminster yang sebenarnya kepada Malaysia.

FB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin 

BACA – Herokah Syed Saddiq?

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...