Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Akhbar Bahasa Inggeris, Cina...

KUALA LUMPUR - Unit Komunikasi Korporat (CCU) Kementerian Kewangan kesal dengan kegagalan beberapa...

SPR Terima Laporan Penyokong...

PORT DICKSON – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menerima laporan berhubung penyokong...

Penerangan Ebit Lew Cetus...

PETALING JAYA – Sesi penerangan secara langsung pendakwah terkenal, Ebit Lew mengenai isu...

Linda Rafar Ke Mahkamah,...

PELAKON dan penyanyi Linda Rafar hari ini dilaporkan hadir di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam,...

Murid Hidap Kanser Buktikan Mampu Cemerlang 6A

WALAUPUN menderita kanser kalenjar, itu bukan alasan buat seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ibrahim 2, Pasir Mas, Kelantan untuk tidak beraksi cemerlang di Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan memperoleh semua 6A.

Pencapaian membanggakan yang diperoleh Wan Adibah Farhani Wan Mazlan, 12, diketahui selepas guru besar sekolah itu, Tuan Khamsiah Tuan Yusoff dan beberapa guru lain menyampaikan slip keputusan peperiksaannya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

14732361_1224310674296630_2274554683369675010_n

Wan merupakan salah seorang daripada tiga murid yang memperoleh keputusan kesemua 6A di sekolah berkenaan.

Untuk makluman, murid perempuan ini menjawab kertas peperiksaan di dalam wad, ekoran terpaksa menjalani rawatan di HUSM sejak 4 September lalu.

Sementara itu, ibunya, Ani Harun, 48, yang juga seorang guru, meluahkan rasa syukur dengan pencapaian anaknya meskipun terpaksa menjawab kertas peperiksaan di dalam wad.

“Disebabkan penyakitnya, Wan Adibah tidak sempat membuat ulang kaji pelajaran sepenuh masa seperti dilakukan ketika peperiksaan percubaan yang memperoleh 6A.

“Namun untuk memberikan sepenuh perhatian dan semangat kepadanya yang juga anak bongsu daripada empat beradik, saya mengambil cuti tanpa gaji selama hampir tiga bulan.


“Alhamdulillah, pada hari ini selepas keputusan diumumkan, saya gembira dia berjaya kekalkan kecemerlangannya,” katanya kepada Harian Metro.

Pada masa yang sama, Tuan Khamsiah menyifatkan Wan Adibah sebagai harapan sekolah.

“Pada hari ini, dia mampu membuktikan kesakitan yang dialaminya selama ini tidak pernah menjadi penghalang untuk meraih kejayaan.

“Dengan kejayaannya pada hari ini, ia boleh dijadikan sumber inspirasi kepada murid lain,” katanya.

Sumber: Harian Metro

  • Lagi berita berkaitan:
  • UPSR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori