Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

12 Pekerja MAHB Dipanggil...

SEPANG - Polis telah memanggil seramai 12 orang pekerja Malaysia Airports Holdings Bhd....

Shell Jamin Tiada Gangguan...

SHAH ALAM - Shell Malaysia memberi jaminan tidak akan ada gangguan bekalan minyak...

Polis Evo 2 Buatkan...

SEKARANG ni semua orang mahukan tubuh badan yang tegap dan sado. Tapi, jangan...

Indonesia Larang ‘Perang Harga’...

JAKARTA – Berkuat kuasa semalam, pemerintah Indonesia tidak lagi membenarkan tiga buah syarikat...

Musa Aman Bebas 5 Tuduhan Rasuah

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman daripada lima pertuduhan rasuah berjumlah AS$12.8 juta dalam transaksi berkaitan konsesi balak di negeri itu.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan pembebasan itu walaupun Timbalan Pendakwa Raya, Umar Saifuddin Jaafar memohon tertuduh dilepas tanpa dibebaskan.

Sequerah berkata, alasan yang diberikan Umar tidak meyakinkan.

“Pertuduhan itu tidak boleh dikekalkan terhadapnya. Saya perintahkan pembebasan.”

Bagaimanapun, Musa masih berdepan dengan 30 pertuduhan rasuah walaupun pendakwaan mengemukakan pindaan.


Musa yang dibenarkan duduk di kandang tertuduh atas faktor kesihatan, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Beliau merupakan ketua menteri Sabah dari 2003 hingga pilihan raya umum tahun lalu apabila Barisan Nasional hilang tampuk pemerintahan kepada Warisan yang diketuai Shafie Apdal.

Musa yang sebelum ini diikat jamin dengan RM2 juta, diwakili Francis Ng, Amer Hamzah Arshad, Ragunath Kesavan dan Joshua Teh. – FMT

Kategori