Najib, Anak Dibenar Tangguh Pembayaran Tunggakan Cukai

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin menangguhkan sementara pembayaran tunggakan cukai pendapatan masing-masing yang berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Penangguhan pembayaran itu bagi membolehkan permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran bagi merayu kes tunggakan cukai pendapatan itu didengar dan diputuskan Mahkamah Persekutuan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Azizah Nawawi membenarkan penangguhan pembayaran berkenaan selepas mendapati terdapat keadaan istimewa yang mewajarkan pembayaran ditangguhkan sementara.

Mereka memfailkan rayuan berkenaan dengan alasan ia mempunyai merit dan terdapat isu undang-undang yang serius dan harus diputuskan dengan muktamad oleh Mahkamah Persekutuan dalam konteks undang-undang cukai pendapatan dan Perlembagaan Persekutuan. – BH Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...