Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jenazah Adib Diterbangkan Ke...

KUALA LUMPUR - Jenazah anggota Bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, diterbangkan...

Ahmad Faizal Ketuai PN...

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tiba di Istana...

Liyana Jasmay Tak Berniat...

SUSULAN kenyataannya yang dikatakan seakan memperlekeh orang Sabah, pelakon Liyana Jasmay tampil memohon...

Runding Semula TPP Dengan...

SINGAPURA - Sebarang langkah untuk merunding semula perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dengan...

Najib Dibenar Pinda Tarikh Berlepas, Pulangkan Pasport Ke Singapura

KUALA LUMPUR – Tiga Mahkamah Tinggi berasingan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk meminda tarikh pelepasan dan pemulangan pasportnya ke Singapura bagi melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang dijangka melahirkan anak kedua pada awal November.

Tiga hakim iaitu Mohamed Zaini Mazlan, Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan Najib selepas pihak pendakwaan tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap permohonan itu.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul, Mohamad Mustafa P Kunyalam dan Shafiq Hasim.

Najib, 68, selaku pemohon yang memfailkan notis usul pada 21 Oktober lalu, memohon untuk meminda tarikh bagi pelepasan dan pemulangan pasportnya kepada mahkamah daripada 20 Oktober sehingga 22 November kepada 25 Oktober sehingga 6 Disember ini untuk melawat Nooryana di Singapura.

Ahli Parlimen Pekan itu dalam afidavit sokongannya berkata, beliau juga diamanahkan untuk membantu jentera parti UMNO menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan memandangkan Presiden Parti UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada masa itu, akan berangkat ke Jerman untuk mendapatkan rawatan tulang belakang.

Semasa prosiding di hadapan Hakim Mohamed Zaini, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, bekas perdana menteri itu telah memfailkan notis usul untuk meminda tarikh pelepasan dan pemulangan pasportnya ke Singapura dan akan berangkat ke negara itu pada 21 November, sehari selepas PRN Melaka.

Najib dibicarakan di hadapan Hakim Mohamed Zaini atas dakwaan menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan pada laporan audit akhir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.


Muhammad Shafee berkata sepatutnya 29 dan 30 November ditetapkan untuk sambung bicara, namun ia akan diganti dengan tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian berikutan anak guamnya masih berada di Singapura pada waktu itu.

Sementara itu Muhammad Shafee turut memaklumkan kepada Hakim Sequerah yang mendengar perbicaraan kes Najib membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion, bahawa tarikh perbicaraan kes pada 9 hingga 11 November ini diteruskan seperti biasa sebelum anak guamnya berangkat ke Singapura pada 21 November.

Di hadapan Hakim Muhammad Jamil, peguam itu memaklumkan bahawa Najib akan kembali ke negara ini pada 5 Disember dan akan memulangkan semula pasportnya kepada mahkamah pada 6 Disember.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Najib bakal dibicarakan bersama-sama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berhubung enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori