Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Wanita Dirakam CCTV...

SHAH ALAM - Dua wanita dipercayai menjadi dalang yang merosakkan mural barisan pemimpin...

Perkembangan Belajar Anak Perlu...

SANDAKAN - Peranan ibu bapa dan penjaga penting dalam memastikan proses pembelajaran terus...

Dong Zong Berbahaya Kepada...

PETALING JAYA - Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan kerajaan mengharamkan kumpulan...

Pramugari Guna Gelongsor Kecemasan...

WASHINGTON DC - Seorang pramugari operator penerbangan tempatan Amerika Syarikat (AS), United Airlines...

Najib Digugur Daripada Senarai Saksi Pembelaan Pada Saat Akhir

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan dipanggil memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini pada perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Peguam Datuk Jagjit Singh memberitahu, keputusan untuk menggugurkan Najib daripada senarai saksi pembelaan dimuktamadkan pada saat-saat akhir sejurus selepas pihak pembelaan mengadakan sesi perbincangan yang panjang bermula Sabtu lalu hingga lewat malam tadi.

Bekas Perdana Menteri sebelum ini tersenarai sebagai saksi pembelaan ketiga dan dijadualkan memberi keterangan hari ini. Beliau bagaimanapun tidak hadir ketika kes disebut di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Jagjit memaklumkan, Najib tidak perlu dipanggil memberi keterangan selepas meneliti keterangan bela diri Rosmah ketika disoal balas oleh pihak pendakwaan.

Ujarnya, keterangan Najib yang bersifat menyokong kes pembelaan sudah dikemukakan ketika Rosmah disoal balas.

Sambil memohon maaf, Jagjit memberitahu pasukan pembelaan telah menyusun semula strategi dan memutuskan untuk menggugurkan Najib daripada senarai saksi pembelaan.

Sehubungan itu perbicaraan akan disambung pada 4 Februari ini dengan mendengar keterangan saksi pembelaan kedua, Pegawai Khas di di Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod.

Ujar beliau, Siti Azizah yang kini mengerjakan umrah, selesai memberi keterangan pada sesi pemeriksaan utama dan akan disoal balas pada hari tersebut.


Oleh yang demikian, perbicaraan yang dijadualkan sepanjang minggu ini dilapangkan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram memaklumkan terpulang kepada peguam sama ada untuk memanggil Najib atau sebaliknya kerana kini adalah peringkat pembelaan.

Mahkamah sedang mendengar keterangan bela diri Rosmah atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Beliau didakwa meminta suapan RM187.5 juta daripada Saidi Abang Samsudin yang merupakan Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd. (Jepak) untuk dirinya sendiri yang dibuat melalui Datuk Rizal Mansor, melibatkan 15 peratus nilai kontrak.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Lygon Bistro, G-24, Ground Floor, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit di sini antara bulan Januari dan April 2016.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori