Najib Mohon Had Pengeluaran i-Citra KWSP Dinaikkan Ke RM10,000

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran supaya menaikkan had maksimum pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada RM10,000, kata Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata cadangan itu bukan disifatkan sebagai langkah populis tetapi berpunca daripada keperluan mendesak rakyat pasca Covid-19.

“Saya mendapati ramai yang bersuara dan mendesak. Ini sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan ataupun berniat untuk mengumpul modal bagi memulakan perniagaan kecil.

“Saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir, kerana ini amat dituntut oleh rakyat,” katanya pada perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Najib yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) turut mencadangkan supaya kerajaan memandang serius terhadap menggalakkan sektor mata wang kripto di Malaysia.

“Perlu sedar, jumlah yang disimpan pelabur di seluruh dunia dalam kripto sudah mencecah US$2 trilion (US$1=RM4.15). Bayangkan kita dapat menarik masuk 5 peratus daripada jumlah tersebut ke dalam pasaran kita, nilainya sudah RM420 bilion.

“Sasaran kita adalah untuk membawa aset kripto melabur di dalam Malaysia bukan untuk rakyat Malaysia membawa keluar,” katanya.


Sementara itu, Najib melahirkan kebimbangan mengenai dua langkah kerajaan untuk menaikkan cukai korporat daripada 24 peratus kepada 33 peratus bagi syarikat yang untung melebihi RM100 juta pada tahun 2022 dan langkah untuk mula mengenakan cukai ke atas pendapatan yang diperoleh dari luar negara bagi menambah pendapatan kerajaan.

Katanya walaupun ia adalah langkah sementara untuk tempoh satu tahun tetapi kenaikan itu akan menghantar mesej yang boleh menghakis keyakinan pelabur.

“Mereka akan berasa khuatir perkara seperti ini boleh berulang pada masa akan datang apabila kerajaan terdesak untuk mendapatkan hasil tambahan.

“Perlu kita sedari, semasa kita memilih pelabur asing, pelabur asing juga memilih kita dan mereka mempunyai negara lain sebagai pilihan alternatif,” katanya. – BERNAMA

Baca: Kerajaan Perhalusi Cadangan Naikkan Had Pengeluaran i-Citra

Juga: KWSP Lulus RM20.58 Bilion Bayaran i-Citra

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...