Friday, December 20, 2024

Creating liberating content

Beras Keluaran IADA Ketara,...

BESUT - Beras yang dihasilkan dari sawah padi kawasan jelapang di bawah Projek...

Ajal Menjemput Ketika Sambut...

SAMBUTAN Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Othman Talib 1, Tendong, Pasir Mas, Kelantan hari...

Panggung Khayalan Bawa Search...

34 TAHUN bukan satu tempoh singkat untuk sebuah kumpulan muzik mampu bertahan dan...

Peserta Felo Perdana Pilih...

PUTRAJAYA - Kesemua peserta Felo Perdana ditempatkan di Kementerian Pertanian dan Industri Asas...

Namewee Biadab Lagi, Seks Anjing Depan Masjid Putra

TIDAK SERIK… Selepas pernah menggemparkan negara dengan klip video biadab Oh My God pada 2016, penyanyi rap kontroversi, Namewee sekali lagi tampil menghina agama Islam secara terbuka!

Melalui klip terbaharu berjudul Like A Dog, dia dengan berani melakukan aksi tarian lucah bersama sekumpulan penari memakai topeng anjing depan Masjid Putra di Putrajaya baru-baru ini yang mirip pelakuan seks haiwan itu.

Mercu tanda pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu dijadikan sebagai penyeri latar terbaharu Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 35, dalam video berbahasa Mandarin dengan durasi 3 minit 15 saat tersebut.

Artis celupar yang pernah dikatakan hina seruan azan suatu ketika dulu, kelihatan terkinja-kinja menari di lokasi berdekatan rumah ibadat suci umat Islam itu dimulakan dengan aksi dua ‘anjing’ seolah-olah sedang bersetubuh.

Video itu diakhiri dengan sekumpulan ‘anjing’ melakukan aksi seks berkumpulan sebelum melarikan diri apabila mereka seolah-olah berasa ketakutan setelah terdengar bunyi siren, konon sedang dikejar oleh pihak pasukan polis.

Dalam lagu itu, Namewee berulang kali menyanyikan rangkap lirik yang terjemahannya berbunyi, “Semoga seluruh dunia sama seperti si anjing. Begitu comel dan sentiasa sihat. Dapat tuan yang betul dan boleh hidup senang!”

Ia dimuat naik oleh Namewee pada 11 Februari lalu dan sudah disaksikan lebih 40,000 kali bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina yang kali ini jatuh pada giliran anjing mengikut zodiak haiwan dalam kalendar Cina.


Ada netizen menyifatkan maksud anjing dalam lirik lagu itu merujuk tokoh veteran Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad yang mendakwa dirinya sebagai Top Dog blok pembangkang tersebut yang sebenarnya diketuai DAP.

Dua tahun lepas, Namewee pernah ditahan di KLIA sebelum dibebaskan kemudian dengan jaminan polis kerana menimbulkan kemarahan umat Islam dari seluruh dunia apabila secara kurang ajar menghasilkan klip Oh My God.

Muzik video pendek itu juga disifatkan sebagai penghinaan terhadap pelbagai agama, termasuk aksi dia menari dengan berjubah ala lelaki Arab dalam dewan solat sebuah masjid di Pulau Pinang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori