SETIAP apa yang dimuat naik di laman sosial, bersedia sahajalah dengan risiko dikecam atau diejek sekiranya ia menjadi viral di Internet.
Macam seorang gadis yang dikenali sebagai Koko ini, teruk juga dia ‘diejek’ sebilangan netizen gara-gara sebuah video yang dimuat naiknya di laman sosial baru-baru ini.
Dalam video tersebut, Koko bercakap dengan accent mat saleh malah mengakui mempunyai beberapa darah campuran seperti Cina, Pakistan dan Serani.
Dengan pelat-pelat bercakap bahasa Malaysia, Koko mendakwa memang sebegitu cara dia dan adik-beradik lain berkomunikasi dalam kehidupan seharian mereka.
Apa lagi, netizen yang sedikit ‘nakal’ terus galak membuat beberapa video parodi meniru cara percakapan Koko, malah pelakon Janna Nick pun tak ketinggalan join the hype juga tau.
@nizam_rahman #kingcoco #kingtetapkillin #cocoarmy
A video posted by KING COCO
(@adictivo_coco) on
Agak-agak parodi mana yang paling menjadi tiru Koko? You be the judge. Hehe.. – MYNEWSHUB.CC