Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Yana Samsudin Enggan Anak...

PELAKON, Yana Samsudin mengakui menerima banyak tawaran untuk anak lelakinya, Aisy Mateen walaupun...

Permata Kepada Genius, Apa...

SELEPAS pertukaran nama Klinik 1Malaysia kepada Klinik Komuniti hebat disindir wargamaya tahun lalu,...

Penat Sangat Sampai Tertidur...

'BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'.Nasib yang menimpa mangsa banjir di beberapa...

Ahmad Maslan, Peguam UMNO...

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bersama barisan peguam...

Netizen Ini Dakwa Orang Melayu Patut Bela Anjing

MASYARAKAT di negara ini khususnya berbangsa Melayu digesa agar lebih berfikiran terbuka untuk menjadikan haiwan najis mughallazah iaitu anjing, sebagai binatang peliharaan di rumah.

Kenyataan kontroversi itu diutarakan oleh seorang pengguna Facebook, Nurhanizah Abdul Rahman yang turut memuat naik rakaman dirinya memeluk dan mencium seekor anjing yang dikenali sebagai Bubu di laman sosial.

“Agama Islam tidak pernah meminta para penganutnya untuk membenci binatang tersebut sebaliknya ia mengajar untuk saling sayang menyayang antara satu sama lain.

“Pesanan saya kalau boleh (masyarakat) jangan terus membenci dan menghukum anjing ni dan kalau boleh bukakan hati kita untuk mengenali anjing sebelum kita nka menghukum dia.

“Serta janganlah guna alasan agama untuk membenci makluk ini sebab agama mengajar kita untuk bersihat ihsan (kasih-sayang) dan bukan untuk membenci,” katanya melalui rakaman video berkenaan.

Nurhanizah berkata dia terpaksa membawa haiwan peliharaannya itu berjalan pada sebelah malam kerana sikap masyarakat yang memandang serong kepadanya.

“Bubu ni suka berjalan biasalah anjingkan, jadi saya akan bawa dia jalan-jalan setiap hari keliling taman bagi dia bersosial dengan anjing-anjing lain.

“Tapi saya bawa dia pada sebelah malam sebab kalau waktu siang takut nanti orang lain tengok sebab mereka kat sini tak berapa suka dengan anjing,” katanya lagi.


“Pernah ada orang baling makanan beracun dan meletakkan najis kat rumah kami, ada juga yang pandang serong dan mengeluarkan kata-kata kesat namun ia mengajar saya untuk lebih bersabar.

“Sebab bila masyarakat tengok kita bawa anjing, mereka tak suka sebab benda ini bukan satu kebiasaan bagi orang Melayu,” luahnya lagi.

Tinjauan Mynewshub di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menyifatkan tindakan Nurhanizah itu jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam.

“Rajin hang nak samak 5 kali sehari bila time nak solat ye kak? Orang  tak benci anjing, siapa yang hina anjing? Tapi anjing ni kita tak boleh pegang.. najis berat… hang masa sekolah dulu tak belajar agama ke,” soal Mior Hafiz Azri.

“Akak yg sebenarnya tak faham,Kak… orang islam tak benci anjing..tp dalam agama ada larangan berkenaan anjing..kalau orang islam benci anjing dah lama kat Malaysia atau mana-mana negara Islam dah hapuskan anjing, niat tak menghalalkkn cara kak…kena ingat tu,” ujar Typon Black.

Sementara itu Nurul Mazlan menegaskan; “Mak ai siap bole jilat bagai, tak tau la kak pemahaman awak macam mana.Nak kata tak sekolah mustahil.., entahlaaa… zaman dulu-dulu memang ada orang Melayu Islam bela anjing, zaman sekang pun ada kot tapi orang letak sebagai penjaga ladang, tanaman kebun je, bukan buat pets cam awak kak.” – MYNEWSHUB.CC

Kategori