Thursday, November 14, 2024

Creating liberating content

Najib Mahu PDRM Beri...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berpesan kepada semua...

Yusof Haslam Antara Anggota...

PUTRAJAYA - Pengarah filem terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam dilantik menganggotai badan...

Segelintir Penganut ‘Islam Liberal’...

KUALA LUMPUR - Sekumpulan golongan penganut Islam berfahaman liberal di Jakarta dilaporkan memakan...

Warga Indonesia Miliki Senjata...

MIRI - Seorang warga Indonesia yang memiliki senjata api serta peluru hidup tanpa...

Nik Azman Dilantik Ketua Audit Negara

PUTRAJAYA hari ini mengumumkan pelantikan Nik Azman Nik Abdul Majid sebagai ketua audit negara selama 2 tahun, mulai 23 Februari lalu hingga 22 Februari 2021.

Ketua Setiausaha Negara, Ismail Bakar dalam satu kenyataan hari ini berkata, Nik Azman menggantikan Madinah Mohamad yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 22 Februari lalu.

Katanya, pelantikan itu dibuat berdasarkan Fasal (1) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah atas nasihat perdana menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.

“Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Madinah atas segala khidmat bakti beliau sepanjang tempoh memegang jawatan ketua audit negara, khususnya dalam usaha-usaha mentransformasi dan menstrukturkan semula sistem pengauditan serta mengukuhkan sistem pengurusan kewangan.”

Nik Azman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi Gunaan dari Universiti Malaya dan Sarjana Ekonomi dari Universiti Nebraska di Amerika Syarikat mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi dan kewangan.


Beliau dilantik sebagai ketua setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi berkuat kuasa 1 September tahun lalu.

Beliau juga pernah berkhidmat di Unit Perancang Ekonomi, Bank Dunia di Washington, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri.

Kategori