Monday, December 2, 2024

Creating liberating content

Warga Asing Diarah Kosongkan...

PUTRAJAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi tempoh selama tiga bulan...

Agihan Kerusi Dun PH...

SEREMBAN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata agihan kerusi...

Jalan Di Alor Setar...

ALOR SETAR - Beberapa jalan utama akan ditutup bermula esok dan Sabtu ini...

MECD Sentiasa Bantu Usahawan...

IPOH - Kementerian Pembangunan dan Usahawan (MeCD) sentiasa memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan...

Ribuan Buku Nikah Dicuri, Dijual Kepada Sindiket Kahwin Kontrak

JAKARTA: Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA) dan Keluarga, Kementerian Agama, memaklumkan ribuan buku nikah di Yogyakarta dan Jambi dicuri dalam tempoh sebulan lalu.

Pengarah KUA, Muhammad Adib berkata, satu daripada motif utama kejadian itu adalah untuk dijual kepada sindiket yang melakukan perkahwinan kontrak atau nikah mut’ah.

Sehubungan itu, beliau menegaskan adalah penting untuk melaporkan jumlah kehilangan dan nombor pendaftaran buku nikah ke Kementerian Agama.

Katanya, kementerian akan menyimpan data buku nikah yang dicuri bagi mengelakkan penyalahgunaan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Laporkan hal itu ke polis, catat berapa buku nikah yang hilang mengikut nombor pendaftaran dan kemudian maklumkan kepada Pejabat KUA.


“Selepas aduan dan laporan diproses, buku nikah itu akan dibatalkan dan tidak boleh digunakan,” katanya.

Dalam pada itu, Adib menjelaskan, nombor pendaftaran pada buku nikah digunakan untuk mengelak pemalsuan.

Katanya, setiap buku nikah mempunyai nombor pendaftaran yang berlainan.

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori