Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cadangan Tambah Bilangan Lorong...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan bercadang untuk menambah bilangan lorong di lebuh raya...

BN Mampu Buat Kejutan...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dilihat berkemampuan membuat kejutan merampas semula kerusi...

Beri Semula Mandat Kepada...

SABAK BERNAM – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta...

Risau Ibu Sedih, Aizat...

PENYANYI Aizat Amdan dan Faizal Tahir telah berganding untuk mengeluarkan single berjudul Jangan Menangis,...

Nora Anne Hilang: Pencarian Masuk Hari Ke-10

NILAI – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, memasuki hari kesepuluh hari ini sejak gadis itu dilaporkan hilang daripada sebuah resort di Pantai, Seremban, 4 Ogos lepas.

Keberadaan dan nasib remaja itu terus menimbulkan tanda tanya bukan sahaja di kalangan masyarakat, bahkan juga di kalangan pengamal media tempatan dan antarabangsa yang telah berkampung di lokasi kejadian sejak hari pertama Nora Anne dilaporkan hilang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Supt. Mohd Nor Marzukee Besar dalam kenyataan ringkas di aplikasi WhatApps di sini memberitahu media yang mereka dibenarkan mengikuti petugas Op SAR buat kali kedua selepas pelawaan pertama dibuat semalam.

“Anda hendaklah melapor kepada Inspektor Harminder di substek (khemah pusat operasi SAR). Adalah diingatkan risiko keselamatan adalah tanggungjawab sendiri,” katanya ringkas.

Operasi bagi mengesan Nora Anne yang memasuki hari kesepuluh hari ini, setakat semalam membabitkan 353 anggota, pasukan SAR terbesar setakat ini dengan sidang media akan perkembangan pencarian hari ini dijangka diadakan pada pukul 5 petang ini.


Nora Anne disedari hilang daripada bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai oleh keluarganya pada 8 pagi 4 Ogos. Remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.

Semalam ibu kepada remaja istimewa itu, Meabh Jaseprine Quoirin, 46, menawarkan wang ganjaran RM50,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga menemukan gadis.

Kategori