Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

UMNO: RoS Belum Beri...

PETALING JAYA : UMNO mengesahkan parti itu belum menerima jawapan daripada Jabatan Pendaftaran...

Persiapan Sudah 70%, Hafiz...

SETELAH lebih setahun mengikat tali pertunangan, akhirnya penyanyi Hafiz Suip mengumumkan bakal mendirikan...

“Sajat Dakwa Kerajaan Australia...

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, mengesahkan dirinya kini telah...

Jaafar Buat Pusingan U...

SHAH ALAM - Bekas pengarah pilihan raya Parti Amanah Negara (PAN) Selangor, Jaafar...

Norman Hakim Sebak Dapat Tahu Abby Keguguran

MESKIPUN sudah lama berpisah, namun apabila menerima berita duka bahawa bekas isterinya, Abby Abadi mengalami keguguran, aktor Norman Hakin akui dia tidak dapat menahan rasa sebak.

“Sebelum ini dia ada mengadu tekanan darah tingginya agak membimbangkan juga, namun tak sangka kandungannya tidak dapat diselamatkan.

“Saya memang tak dapat menahan sebak dan sedih sebaik sahaja Abby beritahu dia keguguran.

“Walaupun kami bukan lagi suami isteri tapi saya turut berasa sedih di atas apa yang berlaku.

“Saya tahu suaminya amat berharap untuk menimang cahaya mata bersama Abby kerana dia sudah dua kali keguguran.

“Abby kongsi segalanya mengenai cerita kegugurannya itu kepada saya dan saya turut bersimpati,” katanya kepada Astro Gempak.

Abby telah mengalami keguguran ketika usia kandungannya memasuki lima bulan dan keadaan bayi yang sudah cukup sifat. Berita itu disahkan oleh suaminya, Ahmad Faizal Isnin lalu.


Sementara itu, Norman memberitahu dia turut memberi kata-kata semangat kepada Abby supaya tidak murung selepas apa yang berlaku.

“Saya nasihatkan Abby supaya terus bersangka baik dengan Allah selepas nasib yang menimpanya.

“Abby bagaimanapun memang kuat dan tabah hadapai dugaan ini, dia langsung tidak nampak bersedih.

“Mungkin dia sudah redha dengan apa yang berlaku, saya pun lega,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori