Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pereka Jubah Pahlawan Didakwa...

KUALA LUMPUR - Pereka 'jubah pahlawan' yang tular di laman sosial tahun lepas...

Guru Dimalukan Depan Khalayak...

SEORANG guru yang didakwa melakukan serangan seksual terhadap muridnya yang berusia 14 tahun,...

Tamak Nak Bolot Banglo...

BEIJING - Taikun China yang mahu berbakti kepada penduduk kampungnya selepas menjadi jutawan,...

Zainal Optimis Pahang Mampu...

KUANTAN - Jurulatih Pahang Zainal Abidin Hassan optimis anak buahnya berupaya untuk bangkit...

Norway Haram Siaran Radio Dipancarkan Gelombang FM

OSLO – Norway muncul negara pertama di dunia menamatkan siaran radio dipancarkan menerusi gelombang FM bermula secara rasmi 11 Januari lalu tepat pada pukul 11.11 pagi waktu tempatan.

Pilihan tersebut dilakukan kerana sistem pemancar baharu, Digital Audio Broadcasting, atau lebih dikenal dengan singkatan DAB, dikatakan memiliki kualiti audio yang jauh lebih jelas dengan kos operasi pula lebih murah.

Jangkauan liputan kawasan yang dapat dicapai sistem DAB juga lebih luas dibandingkan isyarat analog FM. Namun pelbagai pihak melahirkan kebimbangan terutama dalam kalangan warga usia lanjut dan pemilik kenderaan lama.

Ini kerana mereka langsung belum lagi memasang peranti yang dapat menerima gelombang DAB, bahkan masih menggunakan sistem penerimaan isyarat radio generasi lama termasuk yang ada memaparkan frekuensi AM.

Berdasarkan tinjauan pendapat yang diterbitkan akhbar tempatan Dagbladet pada Disember lalu, kira-kira 75 peratus rakyat Norway menganggap keputusan pihak pemerintah ‘mematikan’ radio FM sebagai terlalu tergesa-gesa.

dab2

Memang dianggarkan 70 peratus audiens di Norway sekarang mendengar stesen radio pilihan mereka melalui DAB, namun para pengkritik juga mengemukakan fakta bahawa banyak orang yang terpaksa membeli peranti baharu.

Malangnya satu set radio DAB di pasaran Norway ketika ini dijual pada harga 3,956 krone (kira-kira RM2,077) iaitu jauh lebih mahal berbanding televisyen skrin rata daripada model biasa yang lazimnya dapat menerima siaran HD.

“Norway belum bersedia menamatkan operasi radio FM. Ada jutaan set radio di rumah, kedai dan kenderaan yang kini secara praktikal tidak dapat lagi dipakai,” ujar Svein Larsen daripada persatuan radio tempatan Norway.


Alasan lain penolakan oleh penduduk ialah mereka masih ingin mendengarkan radio FM untuk nostalgia selepas era gelombang SW dan AM telah lama ‘berkubur’, kata Marius Lillelien, pengarah stesen radio nasional NRK.

dab3

Bercakap kepada stesen penyiaran antarabangsa BBC beliau menjelaskan: “Ada banyak nostalgia dengan radio FM. Itulah sebabnya banyak pihak di Norway yang menganggap keputusan pemerintah sebagai agak kontroversi.”

Pihak berkuasa negara rantau Skandinavia itu memasang sasaran agar frekuensi DAB akan menjadi standard siaran keseluruhan stesen radio tempatan menjelang akhir 2017 sebagai mana siaran televisyen HD menggantikan SD.

Gelombang FM diperkenalkan di Amerika Syarikat pada 1933 dan sejak itu popular di seluruh dunia. Di Malaysia, siaran FM menjadi trend sejak akhir 1980-an menggantikan AM dan akhirnya tiada lagi siaran AM awal 1990-an.

Beberapa buah negara Eropah seperti Britain dan Switzerland juga mempertimbangkan untuk menamatkan siaran FM namun setakat ini belum mengambil ‘langkah drastik’ seperti dilakukan Norway. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori