Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Negara Berdebar Tunggu Berita...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia menunggu dengan penuh debaran pagi Jumaat ini terhadap...

Kanak-Kanak Perempuan Korban Pertama...

BAMAKO - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi mangsa korban pertama wabak...

Bekas Pengawal Keselamatan Dihukum...

SHAH ALAM - Seorang bekas pengawal keselamatan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh...

Lebih 3,000 Mangsa Berada...

JOHOR BAHRU - Seramai 3,226 mangsa melibatkan 865 keluarga masih berada di 45...

Nurul Izzah Bantah Rahim Noor Sebagai Fasilitator Keamanan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar membantah dengan keras pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baharu rundingan damai di wilayah selatan Thailand.

Naib Presiden PKR itu menyifatkan Abdul Rahim sebagai penyerang kejam terhadap seorang lelaki yang tidak bersalah.

“Saya secara tegas menentang pelantikan penyerang kejam terhadap seorang lelaki yang tidak bersalah, yang hanya mampu terbaring dengan mata ditutup dan tangan diikat, yang dibiarkan beberapa hari tanpa mendapat rawatan.

“Manusia ini telah menipu seluruh dunia mengenai lokasi dan nasib mangsa. Malu kepada mereka yang melakukan kejahatan ini,” kata Nurul Izzah dalam Twitter hari ini.


Rahim Noor yang merupakan Ketua Polis Negara kelima sering dikaitkan dengan insiden “mata lebam” bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa dipukul ketika dalam tahanan selepas dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

Abdul Rahim yang berkhidmat sebagai KPN dari 1994 hingga 1999 menggantikan Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim yang memegang jawatan itu untuk beberapa tahun.

Kuala Lumpur telah beberapa kali terlibat dalam rundingan damai antara wakil kerajaan Thailand dan Mara Pattani, yang mewakili beberapa kumpulan militan di selatan Thailand, untuk mencari resolusi bagi menamatkan konflik bersenjata di selatan Thailand yang telah mengorbankan lebih 7,000 orang sejak tercetus pada 2004.- UTUSAN ONLINE

Kategori