Saturday, December 14, 2024

Creating liberating content

Agrobank Lancarkan Kad Bisnes...

KUALA LUMPUR - Agrobank hari ini melancarkan KAD AGRO VISA DEBIT-i untuk peruncit...

Permulaan Kepada Himpunan Lebih...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan Himpunan...

ASEAN: PM NZ Mungkin...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri New Zealand, John Key dijangka mengumumkan beberapa insiatif...

Sekolah Boleh Cuti Berganti...

KUALA NERANG – Sekolah yang digunakan sebagai pusat mengundi pada pilihan raya umum...

Nyamuk Hijau Serang Desa Indonesia Sejak 3 Bulan Lalu

JAKARTA – Kehidupan penduduk Dusun Blokgagung, Desa Karangdoro, Kecamatan Tegalsari, di Banyuwangi, wilayah Jawa Timur terganggu dengan fenomena nyamuk hijau di kawasan mereka.

Kemunculan fenomena aneh tersebut terjadi sejak November tahun lalu menyaksikan ribuan nyamuk tersebut ‘bermaharajalela’ menempel di dinding rumah penduduk sama ada di bahagian luar mahu pun dalam rumah.

“Nyamuk kadang-kadang menempel di makanan, memang tidak digigit tetapi cukup mengganggu. Kalau tempel di kulit maka jadi gatal,” ujar Purwati. Kawasan itu terletak kira-kira 1,063 kilometer dari ibu kota Indonesia, Jakarta.

Penduduk tersebut turut menunjukkan dinding luar kediamannya yang dipenuhi dengan nyamuk yang berwarna hijau dan menurut Purwati, dia sudah menyembur ubat nyamuk namun dampaknya pula tidak begitu berkesan.

Wanita itu akhirnya memilih untuk menyiram sahaja dinding bahagian tersebut dengan pancuran air kerana jika terus disembur dengan racun serangga, penghuni rumah pula yang teruk mengalami masalah kesesakan nafas.

“Tapi kaedah ini pula tidak bertahan lama, sebentar sahaja ribuan nyamuk datang lagi,” keluh ibu kepada empat anak tersebut sambil menunjukkan sepohon betik yang dipenuhi nyamuk dengan keadaan daun menguning kering.

Menurut Purwati, selama enam tahun dia menetap di Desa Karangdoro, baharu sekali ini para penduduk terkejut apabila ditimpa dengan fenomena nyamuk hijau ‘melepak’ santai di kawasan tempat kediaman mereka.

Nyamuk Hijau Serang Desa Indonesia Sejak 3 Bulan Lalu

Bukan hanya menyerang rumah penduduk kampung, ribuan serangga tersebut turut dijumpai melata di sekitar bangunan milik pemerintah seperti di sebuah sekolah rendah yang dikenali sebagai SDN 2 Karangdaro.


Syamsul Arifin, guru besar sekolah berkenaan menceritakan kepada akhbar berpengaruh KOMPAS bahwa sudah hampir tiga bulan dinding banguna institusi pendidikan rendah tersebut dipenuhi dengan nyamuk hijau.

Menurut beliau lagi, pihak SDN 2 Karangdaro sudah melaporkan kepada pihak kesihatan tempatan dan petugas agensi tersebut sudah melakukan kunjungan serta penyemburan di sekitar sekolah dan rumah penduduk.

“Kata petugas kesihatan yang datang ke sekolah, nyamuk ini tidak bahaya dan tidak hisap darah kecuali terhadap tanaman. Sebab itu ia disebut nyamuk hijau. Tapi walaupun sudah disembur beberapa kali, ya tetap ada,” ujarnya.

Walaupun tidak menggigit manusia jelas Syamsul Arifin, fenomena kehadiran nyamuk tersebut dinilai sebagai banyak kali mengganggu aktiviti rutin pembelajaran dan pengajaran di sekolah terutama murid-murid kecil.

“Anak-anak kurang tumpuan ketika belajar dan sering mengeluh banyaknya nyamuk. Terutama di kolong meja. Masih belum tahu apa penyelesaian. Malah kami pula yang jadi mangsa semburan ubat nyamuk,” terang beliau.

Selain di Desa Karangdoro, nyamuk hijau turut dilaporkan menyerang beberapa kawasan lain antaranya di Pelaihari Tanah Laut di wilayah Kalimantan Selatan, iaitu 1,715 kilometer dari Jakarta. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori