Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Patuhi PBT Jika Mahu...

KLANG - Penganjur pesta arak 'Better Beer Festival' perlu mematuhi semua peraturan yang...

Perokok Masyarakat Kelas Ketiga...

KUALA LUMPUR - Seorang Anggota Parlimen hari ini cuba mempertahankan hak penghisap rokok...

FB Perkenal Penstriman Baru,...

KETIKA majlis acara tahunan Facebook F8 yang berlangsung di San Francisco, Amerika Syarikat...

Tanpa Potong: Beauty And...

PENANTIAN peminat filem di Malaysia akhirnya terjawab apabila filem Beauty and the Beast sah...

Padah Belasah Orang Tanpa Usul Periksa

PAPAR – Dua lelaki ditahan susulan rakaman video memaparkan tindakan mereka membelasah seorang lelaki yang tular di laman sosial sejak semalam.

Dalam rakaman video berdurasi satu minit 39 saat itu, mangsa dibelasah selepas dituduh merogol seorang wanita yang turut kelihatan dalam visual berkenaan.

Bagaimanapun, wanita terbabit dipercayai tidak pernah membuat laporan polis berhubung tuduhan rogol berkenaan.

Difahamkan, kedua-dua lelaki berusia 30-an yang membelasah mangsa adalah bukan ahli keluarga wanita terbabit, sebaliknya hanya masuk campur dalam kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Umpit, berkata mangsa yang dibelasah itu membuat laporan polis selepas kejadian itu pada Rabu lalu sebelum dirujuk ke Hospital Papar untuk mendapatkan rawatan.


“Keterangannya juga sudah diambil bagi membantu siasatan. Bertindak atas laporan dibuatnya, kedua-dua suspek juga sudah ditahan dan kes disiasat Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-dua sekali,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Batholomew berkata, pihaknya juga sudah merujuk hasil siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya. – BH Online

Kategori