Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lahirkan Modal Insan Berkualiti...

KOTA BELUD - Pembangunan negara yang kukuh terletak kepada kejayaan untuk melahirkan modal...

Kerajaan Setuju Bawa Balik...

BENTONG - Kerajaan hari ini bersetuju untuk membawa pulang staf tertentu Wisma Putra...

Belanjawan 2023: Cukai Keuntungan...

KUALA LUMPUR: Cukai keuntungan modal akan mula dilaksanakan mulai tahun depan membabitkan pelupusan...

Kes RM90 Juta: SPRM...

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun bank dan merampas aset...

Paip PVC Sangkut Di Batang Zakar Warga Emas

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun menanggung azab selama dua hari selepas batang paip Polyvinyl Chloride (PVC) sepanjang kira-kira lima sentimeter tersangkut pada kemaluannya dan gagal ditanggalkan.

Mangsa yang berasal dari Bestari Jaya (Batang Berjuntai), Kuala Selangor kemudian terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB) sebelum pihak HSB meminta bantuan pasukan bomba memotong paip PVC berkenaan, malam tadi.

Susulan itu, lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Rosdi Hainan, ke Zon Kuning HSB di mana mangsa dirawat sebaik menerima laporan pada jam 8.05 malam.

Menurut Rosdi, mangsa dikatakan terpaksa ke hospital selepas gagal mengeluarkan sendiri paip PVC yang tersangkut pada kemaluannya itu.

“Tidak dapat pastikan bagaimana paip PVC berkenaan boleh tersangkut pada kemaluan mangsa namun kita dimaklumkan keadaan itu sudah berlarutan selama dua hari sehingga menyukarkannya membuang air kecil kerana alat sulitnya sudah bengkak.


“Kita mengambil masa hanya kira-kira lima minit untuk menanggalkan paip PVC berkenaan dengan memotongnya menggunakan gergaji khas air ‘rescue ring cutter ‘ (ARRC)” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Katanya, mangsa kemudian meneruskan rawatan di HSB dan keadaannya dilaporkan stabil. – BH ONLINE

Kategori