Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bot Pam Meletup, 2...

SEMPORNA: Sekurang-kurangnya dua nelayan dikhuatiri hilang selepas bot pam dinaiki mereka dilaporkan meletup...

Giliran Gobind Singh Kritik...

Belum reda lagi isu ketidkhadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke...

Kanak-Kanak Dijumpai Lemas Tergelincir...

DUNGUN - Seorang kanak-kanak perempuan yang tergelincir ke dalam tali air berdekatan rumahnya...

Pasukan SAR Dikerah Ke...

PASUKAN mencari dan menyelamat telah dikerahkan ke kawasan nahas pesawat Airbus A320 di...

Pakaian Pramugari Malaysia Jijik, Seksi – Pelancong NZ

BENARKAH pakaian seragam pramugari atau kru kabin syarikat penerbangan di Malaysia terlalu seksi dan colok mata? Mungkin ada yang bersetuju dan ada juga yang berpendapat sebaliknya.

Namun baru-baru ini, uniform pramugari daripada sebuah syarikat penerbangan terkenal di negara kita telah menerima teguran dan kritikan yang teramat pedas.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah ia bukan teguran daripada orang tempatan, sebaliknya daripada pelancong negara luar sendiri.

Perkara ini didedahkan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Hanafi Mamat menerusi sepucuk kiriman surat yang diterima daripada seorang wanita warga New Zealand, Dr. June Robertson.

Dalam surat tersebut, Dr. Robertson meluahkan rasa kesal melihat skirt yang dipakai pramugari penerbangan yang dinaikinya itu apabila dikatakan terlalu pendek.

Malah, beliau berkongsikan pengalaman tidak selesanya ketika berdepan dengan pramugari daripada operator udara tersebut sepanjang penerbangan.

“Kami sayangkan negara anda, Saya berhenti di KL ketika dalam perjalanan menuju ke Eropah dan tinggal di hotel Sama Sama di KLIA.

Saya rasa sangat terhina lihat skirt yang terlalu singkat dipakai wanita ini (pramugari Malaysia). Kabin kru dari Eropah; NZ; Australia atau American Airlines tidak memakai skirt pendek sebegini.

“Saya sendiri berasa ia sangat jijik kerana tidak semua orang suka hal ini. Salah seorang pramugari dari **** menunduk di pusat beli-belah di KLIA2 dan jelas ternampak seluar dalamnya, teruk betul!

“Di dalam penerbangan **** dari Auckland ke KL pada Oktober lalu, pramugari yang layan kami di kelas bisnes membiarkan baju di bahagian atas terbuka dan saya dapat lihat bahagian payudaranya.

“Saya meminta dia menutup jaketnya kerana dia sedang menunduk ke arah kami,” tulis Dr. Robertson yang memaklumkan sering berulang-alik ke Malaysia atas pelbagai urusan.


Tambah Dr. Robertson lagi, dia juga melahirkan rasa pelik mengapa negara yang dihormati seperti Malaysia membiarkan kabin kru syarikat penerbangan tersebut memakai pakaian seperti itu.

Menurut wanita itu, salah satu perkara yang membuatkan dia gemar untuk ke Malaysia ialah kerana wanita di negara ini tidak memakai pakaian seperti seorang pelacur dan begitu menghormati antara satu sama lain.

“Syarikat penerbangan ini telah membuatkan reputasi negara jatuh dan kalau anda lawat ke KLIA2, ada banyak wanita yang memakai uniform merah berjalan ke sana sini dengan skirt singkat.

“Ia secara tidak langsung memberikan pandangan buruk terhadap Malaysia,” kata Dr. Robertson lagi. Di hujung surat, dia namun memuji uniform golongan pramugara yang dilihat penuh sopan dan sangat profesional.

Uniform AirAsia yang agak terlalu seksi menyebabkan pramugari terpaksa lebih berwaspada daripada terdedah bahagian sensitif. – Gambar hiasan

Dr. Robertson menyatakan bahawa dia menulis surat tersebut sebagai respons kepada gesaan Hanafi dalam sidang Dewan Negara supaya pakaian menutup aurat dikuatkuasakan ke atas semua pramugari syarikat negara ini.

Hanafi ketika membentangkan sesi perbahasan Bajet 2018 akhir tahun lalu, malah mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan peraturan pakaian patuh syariah kepada pramugari untuk semua syarikat penerbangan Malaysia.

Beliau dilaporkan berkata, sudah tiba masanya kerajaan menyediakan peraturan pakaian baharu supaya dapat beri gambaran Malaysia sebagai negara Islam dan memegang ciri-ciri budaya Timur yang kuat. – MYNEWSHUB.CC

Kategori