Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nelayan Maut Dihempap Besi...

BESUT - Seorang nelayan warga Myanmar maut selepas dihempap besi roda untuk menarik...

84% Projek RMK10 Telah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya telah berjaya menyiapkan 4,303 atau 84 peratus...

Anwar Tinggalkan Istana Negara,...

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk...

Rakyat Bersyukur Sambut Merdeka...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia patut bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana menyambut...

Pakatan Rakyat Bukannya Parti Berdaftar – Khalid

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas pihak yang mempersoalkan kedudukan kerajaan negeri diketuai pemimpin berstatus wakil rakyat bebas sedangkan mereka tidak sedar bahawa Pakatan Rakyat bukan sebuah parti berdaftar.

Katanya, pihak berkenaan khususnya pemimpin PKR dan DAP bahawa Pakatan Rakyat haruslah menyedari bahawa mereka sendiri bukannya bergabung dalam satu parti politik yang berdaftar.

“Kerajaan negeri pimpinan saya selaku Menteri Besar yang tidak mewakili mana-mana parti setelah dipecat keanggotaan PKR adalah terdiri daripada semua parti politik meskipun empat anggota Exco kerajaan negeri adalah diwakili oleh PAS dan seorang lagi Exco daripada PKR.

“Orang tanya status kerajaan pakatan Selangor dan saya katakan semua parti politik ada. DAP, PKR, PAS semuanya ada…UMNO pun ada, jadi tidak ada sebarang masalah. Namun, semua orang perlu ingat bahawa Pakatan Rakyat bukan badan berdaftar,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Pada Isnin lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan untuk Abdul Khalid terus memegang jawatan Menteri Besar selepas beliau dipecat daripada PKR.


Empat Anggota Exco kerajaan negeri daripada PAS kekal berkhidmat di bawah kepimpinan beliau sementara lima Anggota Exco daripada PKR dan DAP menyatakan akan menjalankan tugas masing-masing tetapi tidak akan menyokong Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Pendirian yang dibuat melalui kenyataan media bersama itu menyebabkan Abdul Khalid semalam memecat kelima-lima anggota Exco terbabit iaitu Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr Daroyah Alwi daripada PKR manakala Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabatirau daripada DAP.

Katanya sebab utama pemecatan itu adalah kerana kenyataan bersama mereka bercanggah dengan 10 Akujanji dan Sumpah Kesetiaan ketika dilafaz semasa mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor sebelum ini termasuk enggan memberi kerjasama kepadanya sebagai Menteri Besar walaupun telah mendapat perkenan Sultan Sharafuddin.

Bagaimanapun, pemecatan itu tidak melibatkan seorang lagi anggota Exco daripada PKR, Rodziah Ismail yang dikatakan berada di luar negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori