Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PPBM Memang Telah Dijangka...

SEHARI dua ini, tindakan ketua pertubuhan bukan kerajaan IDEAS, Wan Saiful Wan Jan...

Pemuda PAS Lapor Polis...

ALOR SETAR - Pemuda PAS Kedah hari ini membuat laporan polis terhadap laporan...

3 Maut Kemalangan Lori,...

SEGAMAT - Tiga maut dan dua cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan...

TMJ Titah Acan Jalani...

JOHOR BAHRU - Hasrat seorang remaja yang mengalami penyakit jantung berlubang kronik, Mohd....

Palestin Tolak Keputusan Britain Haramkan Hamas

GLOBAL | Palestin pada Sabtu menolak keputusan Britain untuk menamakan pergerakan Hamas sebagai kumpulan pengganas, menyifatkannya sebagai satu tindakan tidak wajar terhadap rakyat Palestin, lapor Agensi Berita Xinhua.

“Keputusan Britain itu bertentangan dengan rakyat Palestin,” menurut Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan akhbar.

Ia juga dilihat seakan London akur kepada tekanan Israel sekali gus akan menghalang usaha mencapai keamanan serta memulakan pembinaan semula di Semenanjung Gaza.

Setiausaha Dalam Negeri Britain Priti Patel berkata pada Jumaat beliau telah mengharamkan “Hamas secara keseluruhan termasuk sayap politiknya”.

Pengharaman itu yang sepatutnya diluluskan parlimen, akan menjadikan satu kesalahan untuk menjadi anggota atau menyokong Hamas di Britain.


Briged al-Qassam telah dikategorikan sebagai kumpulan pengganas oleh Britain sejak 2001.

Hamas, yang ditubuhkan pada 1987, telah mentadbir Semenanjung Gaza sejak mengambil alih kawasan itu pada 2007.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori