Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Maut Dilibas, 8...

MOSCOW - Lapan ekor anak landak nyaris kebuluran di sebuah zoo di Vladivostok,...

Polis Tahan Kekasih, Rampas...

TANGKAK - Polis menahan sepasang kekasih dipercayai pengedar dadah dan merampas pelbagai jenis dadah...

“Status Saya Masih Lagi...

KUALA LUMPUR - Pelakon dan penyanyi ternama, Erra Fazira menjelaskan, dia tidak bernikah,...

5 Anggota Bomba Sesak...

BUKIT MERTAJAM - Lima anggota bomba dan penyelamat termasuk tiga anggota sukarela mengalami...

PAN Atur Strategi Rampas Kelantan Daripada PAS

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menawarkan Kelantan menjadi sebuah negeri berasaskan Islam yang moden, berinovasi, makmur, bersakhsiyah Islam dan progresif jika berjaya merampas pemerintahan negeri itu daripada PAS.

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang kini bersama PAN berkata, seramai 50 tenaga profesional, cendiakawan dan ulama anak Kelantan sedang membincangkan bentuk polisi dan program untuk dikemukakan dalam tawaran itu.

“Mereka berhimpun di Kota Bharu untuk merangka Tawaran Amanah Kelantan. Inisiatif Amanah Kelantan ini dinamakan IMPAK atau Inisiatif Profesional Anak Kelantan.

“Bentuk polisi dan program yang boleh mengangkat Kelantan menjadi negeri berbingkaikan Islam yang moden, berinovasi, makmur, bersakhsiyah Islam dan progresif dibincangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Husam berkata, Tawaran Amanah Kelantan itu sebahagian daripada persiapan PAN untuk mengambil alih teraju Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.

PAN merupakan salah sebuah parti pembangkang yang menganggotai Pakatan Harapan selain Parti Keadilan Rakyat (PKR).


PAN ditubuhkan beberapa bekas pemimpin PAS diketuai Mohamad Sabu bagi menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam pakatan pembangkang yang diketuai DAP.

Bekas pemimpin PAS terbabit disingkirkan daripada jawatan masing-masing kerana dilihat terlalu tunduk kepada kehendak DAP yang disifatkan PAS sebagai sebuah parti politik anti-Islam. – MYNEWSHUB.CC

Kategori