PAN `Tekan’ Mahathir Umum Cuti Tambahan 2 Hari

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) terus memberi tekanan kepada Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya mengumumkan cuti tambahan pada 10 dan 11 Mei 2018 jika Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Naib Presidennya, Husam Musa berkata, Mahathir wajar membuat pengumuman itu memandangkan Kerajaan Persekutuan telah pun mengumumkan 9 Mei 2018 iaitu hari mengundi PRU-14 sebagai cuti umum.

“Mahathir sebagai bakal PM (sementara) ditakdirkan Pakatan Harapan memenangi Putrajaya, boleh mengumumkan cuti tambahan dua hari lagi iaitu 10 dan 11 Mei : Khamis dan Jumaat sebagai hari cuti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Strategi PAN, Dr. Dzulkefly Ahmad semalam terlebih dahulu mengumumkan Pakatan Harapan akan memberi cuti tambahan dua hari kepada orang ramai jika pembangkang menang PRU-14.

Beliau bagaimanapun mengaku sebenarnya tidak dapat memastikan sama ada keputusan memberi cuti umum tambahan itu sudah dibincangkan dalam kalangan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...