Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Saya Tetap Setia Parti...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengupas kisah hidupnya termasuk...

Wanita Sakit Jiwa Makan...

CHANGCHUN (China) - Seorang wanita yang menghidap sakit jiwa dilaporkan sudah pun menelan...

Keluarga Mahu Jenazah Haron...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata...

Bapa Allahyarham Zulfarhan Sujud...

KUALA LUMPUR - Sujud syukur dan tangisan hiba seorang ayah yang memperjuangkan keadilan...

Pandangan Tun M Timbulkan Pelbagai Persoalan – Salleh

KUALA LUMPUR – Kenyataaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang kini menyedari bahawa persepsinya terhadap DAP selama ini salah, hanya menimbulkan pelbagai persoalan dan pandangan berkenaan sukar diterima, kata Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Katanya jika Dr. Mahathir menyedari persepsinya terhadap DAP selama ini salah mengapa beliau tidak meminta maaf kepada Lim Kit Siang dan parti itu semasa pelancaran gabungan pembangkang, Pakatan Harapan di Tampoi pada Jumaat yang turut dihadiri pemimpin veteran DAP tersebut.

“Yang jelasnya, (Dr.) Mahathir sama sekali tidak menunjukkan kekesalannya tentang kesilapan persepsinya terhadap DAP sebelum ini. Melihat kepada hal ini, bolehkah kita terima pandangan politik (Dr.) Mahathir hari ini? Bagi saya, tentunya tidak,” katanya dalam catatan terbaru blognya hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata ucapan Dr. Mahathir dalam majlis berkenaan menimbulkan beberapa pertanyaan.

“Jika sudah menyedari persepsinya tentang DAP adalah salah, kenapa tidak bubarkan sahaja PPBM dan sertai DAP bagi membentuk parti pelbagai kaum yang tidak cauvinis?

“Jika Dr. Mahathir mengakui tanggapannya terhadap DAP sebelum ini silap, maka apakah jaminannya yang tanggapannya tidak silap lagi pada kali ini.


“Apakah baru sekarang (Dr.) Mahathir sedar DAP juga mempunyai anggota Melayu dan India?

“Jika dahulu (Dr.) Mahathir tidak boleh menerima politik ‘Malaysian Malaysia’ DAP, adakah sekarang beliau menerima perjuangan DAP?” soal Salleh. – BERNAMA

Kategori