Pandora Papers: Anwar Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap pendedahan Pandora Papers.

Anwar menjelaskan, pendedahan yang dibuat oleh beliau di Parlimen sejak 2012 harus segera disiasat dan beliau mengalu-alukan perkara itu dibuat oleh kerajaan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berharap isu Pandora Papers tidak didiamkan begitu sahaja oleh kerajaan.

“Saya tidak ada masalah (untuk dipanggil SPRM). Saya boleh beri kerjasama tapi sebagaimana kita tahu kita mahu siasatan itu melibatkan agensi seperti Bank Negara Malaysia, LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), SPRM dan PDRM (Polis Diraja Malaysia).

“Saya akan beri kerjasama apa yang saya ada tambahan yang lebih.

“Seperti yang kita tahu ia satu badan antarabangsa yang buat siasatan, sepatutnya SPRM menyegerakan kerana ini bukan benda baharu, kes ini keluar daripada badan integriti antarabangsa yang saya telah bongkar di Parlimen minta siasatan semenjak 2012 lagi,” katanya.

Pandora Papers: SPRM Bekerjasama Bank Negara Lakukan Siasatan


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Wisma SP Care dan majlis penghargaan barisan hadapan SP Care di Serendah, hari ini.

SPRM dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan suruhanjaya itu akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi berkaitan bagi menjalankan siasatan berhubung isu tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pendedahan Pandora Papers. – Astro AWANI

Baca: Anwar Terima RM33,560 Ke RM42,560 Sebulan Pada Kerajaan

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Pameran Batu Permata Dan Barang Kemas Bertaraf Dunia Di KL

KUALA LUMPUR : Pameran Batu Permata dan Barang Kemas Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIGJE’ 22)...

GPS Mampu Menang Semua Kerusi Jika Bergerak Satu Pasukan

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu menang di semua 82 kerusi Dewan Undangan...

9,356 Pegawai, Anggota Polis Siap Siaga Hadapi PRN Sarawak

GOMBAK - Seramai 9,356 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia sudah bersiap siaga menghadapi...

Subsidi Haji Untuk Yang Layak Saja

KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan (PH) mencadangkan subsidi haji diperuntuk secara bersasar, bukan secara...

Shahidan Dijangka Umum Sekatan Penjualan Arak Pada Khamis

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka membuat pengumuman pada...

Agensi Kerajaan, GLC Diseru Guna Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua agensi atau syarikat...

RTK-Antigen, RT-PCR Mampu Kesan Varian Omicron – Khairy

SHAH ALAM : Ujian pengesanan COVID-19, menggunakan RTK-Antigen dan RT-PCR adalah berkesan untuk mengesan...