Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gandakan Usaha Untuk Persiapan...

KUALA LUMPUR - Tinggal 17 hari sahaja lagi sebelum bermulanya temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017),...

Polis Panggil Penganjur Himpunan...

KUALA LUMPUR : Polis akan memanggil penganjur perhimpunan #TangkapAzamBaki di Jalan Bangsar, di...

TAM Tukar Kod Penerbangan...

Brazil – Sebuah syarikat penerbangan Brazil, TAM Airlines telah menukar nombor kod salah...

Bantu Pelajar Kurang Bernasib...

KUALA LUMPUR – Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi Tabung Pendidikan 1...

PAS Akur, Elak Pertembungan 3 Penjuru

PAS Melaka akur dengan keputusan kepimpinan tertinggi parti itu yang mahu menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Kamarudin Sidek berkata ini bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dapat dilaksanakan dalam usaha mereka menghalang kemenangan Pakatan Harapan (PH).

“PAS dah buat pendirian… dalam perjumpaan tiga parti (sebelum ini), bahawa setuju bersama satu lawan satu dan mengekalkan kerusi status quo… dan saya boleh beri jaminan kalau kerusi yang dimenangi oleh UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kerusi itu tidak boleh ditandingi oleh PN.

“Makna kalau kata ada pihak PN, contoh Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) masuk lawan juga di kawasan kerusi yang UMNO menang, PAS tidak teragak-agak untuk menyokong UMNO dalam kerusi tersebut, begitu juga sebaliknya.

“Kerusi yang telah dimenangi oleh Bersatu, UMNO tak boleh masuk… kalau dia (UMNO) masuk kita (PAS) akan menyokong Bersatu… bermakna kita menghormati, jadi tak ada isu saya rasa… matlamat (tetap) satu lawan satu (dengan PH),” katanya ketika dihubungi Bernama di Melaka hari ini.

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam memaklumkan, PAS akan menggunakan lambang PN bagi menghadapi PRN Melaka, selepas perkara itu diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat semalam.

Sementara itu, Kamarudin berkata PAS Melaka akan bertanding di kerusi yang dimenangi PH pada PRU14 pada PRN Melaka kali ini bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.

“PAS akan ditempatkan di kerusi dimenangi oleh PH. Makna kita takkan ganggu kerusi UMNO, kita takkan ganggu kerusi Bersatu,” katanya.

Pada PRU14 lepas, BN menang 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Asahan, Sungai Udang, Pantai Kundor, Ayer Molek, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai dari keseluruhan 28 kerusi DUN Melaka.


DAP pula menguasai lapan kerusi DUN iaitu Gadek, Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana, Duyong, Banda Hilir dan Bemban manakala PKR di tiga kerusi (Rembia, Machap Jaya dan Klebang).

Bersatu dan Amanah masing-masing menguasai dua kerusi iaitu Paya Rumput, Telok Mas, Durian Tunggal dan Bukit Katil manakala PAS bertanding di 24 kerusi namun tiada kerusi yang dimenangi.

Sementara itu, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan berkata gabungan itu menyambut baik keputusan yang diambil PAS dan menyifatkannya sebagai mencerminkan semangat muafakat yang utuh dalam kalangan parti-parti anggota PN.

“Mendepani cabaran pandemik Covid-19 dan usaha pemulihan ekonomi negara, Perikatan Nasional bertekad untuk menggembeleng kesatuan bagi menjamin kestabilan kerajaan serta kesinambungan pelaksanaan dasar dan inisiatif demi kemaslahatan sosioekonomi dan kemakmuran negara,” katanya.

Mohamed Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PN berkata parti itu yakin rakyat Melaka matang dan bijaksana untuk mendukung wadah PN yang senantiasa menganjurkan perpaduan dan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). – BERNAMA

Baca: PRN Melaka: PAS Guna Lambang PN

Juga: Bersatu Bukan Mahu Menang, Tapi Lemahkan UMNO – Razlan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori