Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penunjuk Perasaan Mahu Rohingnya...

BANGKOK - Beratus-ratus orang mengadakan demonstrasi secara aman tetapi dalam suasana riuh-rendah berhampiran...

Datuk Vida Tawar Hati,...

PASUKAN bola sepak The Red Warriors menerima tamparan yang hebat apabila penaja utamanya,...

Kecoh IG Fasha Luah...

ALAHAI... Dunia hiburan tanah air kecoh digemparkan dengan persoalan siapakah yang didakwa menghalau...

Kedah Negeri Pertama Jalin...

PUTRAJAYA - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merupakan persatuan negeri pertama menjalin kerjasama...

PAS Bantah Projek Lapangan Terbang Baru Tioman Jika…

KUALA LUMPUR – PAS membantah cadangan Kumpulan Berjaya untuk membina landasan lapangan terbang baharu di Pulau, Tioman, Pahang sekiranya ia melibatkan penambakan tanah.

Menurut Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, biarpun mengakui tawaran tersebut adalah ‘menarik’, namun ekologi pulau berkenaan seharusnya dijaga.

Jelasnya, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan pembinaan tersebut tidak meninggalkan kesan besar kepada keadaan pantai dan juga lautan di pulau tersebut.

“Keindahan Pulau Tioman sebagai salah satu pulau tercantik di dunia yang menjadi tumpuan pelancong kerana kecantikan batu karangnya perlu dipelihara.

“Tindakan membina satu lapangan terbang untuk pesawat yang lebih besar sehingga terpaksa dilaksanakan tambakan laut akan merosakkan segala yang ada,” katanya menerusi catatan di laman Facebook peribadinya, hari ini.

Tambah Tuan Ibrahim, kerajaan negeri Pahang perlu lebih bertegas dalam menjaga keindahan alam semula jadi serta keselamatan Pulau Tioman.

Beliau turut menasihatkan pihak berkenaan untuk tidak melihat projek tersebut dari aspek ekonomi sahaja sehingga boleh menyebabkan kerosakan alam sekitar.

“Ia adalah aset pelancongan Pahang yang sangat bernilai kerana keindahannya. Jangan hanya melihat dari aspek ekonomi semata-mata segalanya tergadai,” jelasnya.

Lapangan Terbang Kampung Tekek yang sedia ada di pulau tersebut kini hanya untuk kegunaan pesawat kecil kerana landasannya pendek tidak sampai satu kilometer.


Menurutnya lagi, sekiranya projek membesarkan lapangan terbang di Pulau Tioman itu diteruskan, cara baru yang lebih efektif dan mematuhi piawaian alam sekitar perlu diterokai.

“Cara baru perlu diterokai untuk membesarkan lapangan terbang Pulau Tioman jika ia dilaksanakan. Dan cadangan baru itu perlu memenuhi laporan penilaian alam sekitar EIA,” ujarnya lagi.

Minggu lalu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan untuk membina landasan kapal terbang di Pulau Tioman.

Vincent berkata, landasan kapal terbang itu akan dibangunkan menggunakan perbelanjaan sendiri yang dianggarkan sekitar RM1.1 bilion ke RM1.2 bilion.

Jelas beliau, pihaknya memerlukan persetujuan serta tanah bagi tujuan pembinaan landasan berkenaan. Apabila projek berkenaan siap, Vincent berkata lapangan terbang tersebut akan diserahkan kepada kerajaan untuk diuruskan.

Difahamkan, cadangan untuk membesarkan landasan kapal terbang di Pulau Tioman sebenarnya telah bermula sejak tahun 2003 lagi, namun ianya dibatalkan pada tahun 2009 atas alasan kebimbangan kerosakan alam sekitar. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori