Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

ESM Sedia Cari Atlet...

KUALA LUMPUR - Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) kini sudah bersedia membuat pemilihan...

Mayat Mangsa Bunuh Stesen...

JOHOR BAHRU - Selepas tiga hari ditempatkan di Pusat Peringatan Nirvana di Jalan...

Syukur Anak Sempat Balik...

KUALA LUMPUR - Salah seorang bapa pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang...

8 Barang Wajib Dibawa...

Tidak perlu bawa banyak barang, paling penting ketika melancong adalah kualiti masa yang...

Pasangan Suami Isteri Ditahan, Disyaki Bersubahat Lindungi Long Tiger

TANGKAK: Sepasang suami isteri warga tempatan ditahan selepas disyaki bersubahat dalam melindungi seorang lelaki Rohingya dikenali sebagai Long Tiger yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi berkata, pasangan suami isteri berusia 41 dan 43 tahun itu ditahan di Balai Polis Bukit Gambir, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam Selasa.

“Pihak polis masih lagi melancarkan operasi untuk mengesan Long Tiger di mana kita percaya dia masih berada di kawasan Bukit Gambir ataupun sekitarnya.

“Dalam pukul 12.30 pagi tadi, pihak polis telah membuat tangkapan ke atas sepasang suami isteri, disyaki bersubahat dan bersekongkol dalam melindungi Long Tiger daripada pihak polis,
“Kedua-dua mereka ditahan di Balai Polis Bukit Gambir, Tangkak dan direman selama empat hari bermula semalam.

“Hubungan long tiger dengan kedua-dua supek adalah kawan, dan siasatan lanjut akan dibuat bagi mengesan keberadaan Long Tiger,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Ayob Khan, pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas individu yang terlibat secara langsung dalam membantu Long Tiger melarikan diri, atau cuba menyembunyikan maklumat mengenai suspek daripada pihak berkuasa.

Dalam pada itu, dua daripada empat anggota polis yang disiasat terbabit dalam kes kecuaian sehingga menyebabkan Long Tiger lolos dari tahanan telah dikenakan tindakan tahan kerja.

Menurut Ayob Khan, keputusan itu dibuat susulan kedua-dua anggota didapati telah terlibat secara langsung dalam kejadian yang menyebabkan suspek berjaya melarikan diri ketika ditempatkan dalam lokap Mahkamah Majistret Tangkak.


“Kedua-dua anggota polis ini terlibat secara langsung dalam aspek kecuaian dan tindakan tahan kerja telah dikenakan ke atas mereka sehingga siasatan selesai.

“Kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan mereka ini akan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),

“Walaupun belum dituduh di mahkamah, tapi disebabkan ia melibatkan kesalahan yang serius, maka kita ambil tindakan untuk menahan kerja.

“Siasatan akan mengambil kira aspek kecuaian, bersekongkol, bersubahat dan juga isu rasuah ke atas suspek,” katanya.

Terdahulu pada Jumaat, empat anggota polis disiasat untuk membantu siasatan kes Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 33, yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor, pada 15 Disember lalu.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori