Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Akaun Telegram Peribadi Perdana...

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan akaun telegram...

Banyak Peluang Untuk Berjaya...

SINTOK - Bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu percaya semua rakyat...

Chong Wei Mara Ke...

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei melepasi perlawanan...

Polis Rakam Lapan Keterangan...

Polis telah merakam keterangan lapan individu dalam siasatan kes kematian seorang remaja lelaki...

Royalti Pasir Melaka: SPRM Mohon Idris Haron Kemukakan Bukti

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron tampil memberikan kerjasama dalam penyiasatan berhubung dakwaan beliau berlaku penipuan terhadap Kerajaan Persekutuan berkaitan pembolotan royalti pasir di Melaka.

SPRM berkata, pihaknya akan menghantar pasuakan untuk berjumpa Idris bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung isu berkenaan.

Agensi berkuasa itu juga menyeru mana-mana pihak yang memiliki sebarang maklumat atau bukti salah laku rasuah serta penyelewengan berhubung dakwaan berkenaan agar tampil untuk memberikan kerjasama.

“Ingin ditegaskan bahawa kegagalan untuk melaporkan mana-mana salah laku di bawah Akta SPRM merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut Seksyen 25 Akta SPRM 2009,” katanya melalui kenyataan media di sini hari ini.

Mynewshub, SPRM


Idris sebelum ini mendakwa mendakwa terdapat pemimpin UMNO di Melaka membolot projek ekonomi dan menipu kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir.

Idris mendedahkan, disebabkan perkara tersebut, beliau terpaksa menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Melaka untuk menyelamatkan UMNO daripada ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. – Mynewshub.TV

Baca: Ada 3 ‘Singa’ Kuasai Melaka

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori