Tuesday, December 17, 2024

Creating liberating content

Sidang Media Asia: Telefon...

KUALA LUMPUR - Telefon pintar merupakan alat yang penting dan boleh membuatkan seseorang...

LTAPP Ambil Tindakan Segera...

GEORGE TOWN - Pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sudah melaksanakan...

Tiada Tindakan Terhadap Dr...

SUNGAI BESAR - Tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap Dr Abdul Rani Osman yang...

Bapa Tiri Campak Anak...

KEGILAAN apakah ini? Seorang lelaki yang berang kerana kalah bermain game di komputer,...

Paskal Raih RM2 Juta Hari Pertama Tayangan

KUALA LUMPUR – Filem aksi ketenteraan, Paskal, mencatat kejayaan awal membanggakan apabila pungutan pada hari pertama tayangannya di pawagam, semalam, mencecah hingga RM2 juta.

Pelakon utamanya, Hairul Azreen, berterima kasih kepada penonton yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada naskhah terbabit, selain pihak yang merealisasikan filem itu.

“Alhamdulillah, impian jadi kenyataan. Kutipan untuk tayangan hari pembukaan sebanyak RM2 juta! Terima kasih kepada penyokong @paskal _themovie, syarikat produksi @asiatropicalfilms dan pengarahadrianteh19,” katanya.

Selain Hairul, filem membabitkan kos hampir RM10 juta itu turut dibintangi Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal dan Theeban G.

Lebih separuh daripada jalan cerita filem terbabit diinspirasikan daripada kisah sebenar operasi yang pernah dijalankan Pasukan Khas Laut (Paskal).


Filem yang menemui penonton di lebih 130 pawagam seluruh negara itu turut dijadualkan tayangannya di China dan Turki pada akhir Oktober.

Naskhah patriotik berkenaan juga dijangka ditayangkan di Singapura dan Brunei selepas dua minggu menemui kaki wayang negara ini. – BH Online

Kategori