Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

DAP Dianggap Restui Kekejaman...

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP boleh dianggap sebagai mereka yang merestui kezaliman dilakukan...

Jangan Sebar Maklumat Tak...

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia dan parti-parti politik tertentu harus mengelak menyebarkan maklumat tidak...

Azwan Ali Cabar Azmin...

SELEBRITI penuh kontroversi, Azwan Ali hari ini tampil membuat laporan di Ibu Pejabat...

Cincin Di Jari Manis...

BALIK PULAU - Seorang lelaki terpaksa meminta bantuan anggota bomba selepas cincin di...

Patung Harimau ‘Senyum’ Dikritik Netizen

BANDUNG – Binaan patung harimau di sebuah kem komando di Cisewu di sini yang tidak menampakkan sifat garang haiwan itu hingga menjadi bahan jenaka telah menyebabkan ia terpaksa diturunkan.

Pihak Tentara Nasional Indonesia memutuskan untuk menurunkan patung harimau yang telah enam tahun diletakkan di atas papan tanda kem itu selepas ia menjadi bahan lawak menerusi media sosial tempatan.

Patung Harimau 'Senyum' Dikritik Netizen

Ramai netizen menganggap harimau itu kelihatan seolah-olah tersenyum lebar, sekali gus tidak melambangkan perwatakan mamalia tersebut dengan imej keberanian dan ketangkasan.

Ramai pengguna media sosial menganggap patung harimau itu lucu dan sehingga ada menggelarnya ‘harimau yang paling bahagia di dunia’.

“Kepala saya sakit kerana menahan ketawa apabila melihat beberapa gambar jenaka harimau itu,” kata seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Galcit.

Sementara itu, jurucakap tentera, Mokhamad Desi Arianto berkata, pihaknya bertindak selepas patung itu dikritik hebat di media sosial.


“Apabila seseorang mengkritik patung itu kerana kelihatan lucu kami tidak boleh tidak mengendahkannya,” katanya.

Patung Harimau 'Senyum' Dikritik Netizen

Menurutnya, pihaknya juga memutuskan untuk membina maskot harimau yang baharu dan garang bagi menggantikan patung lama itu.

Bagaimanapun, tindakan pihak tentera menurunkan patung harimau itu juga telah menyebabkan pengguna sosial mengganggap pasukan keselamatan itu terlalu sensitif kerana tidak dapat menerima gurauan di Internet. – AFP

Kategori